Macam-Macam Ada, Harga Berpatutan, Shopping Kelengkapan Raya Di Parkson, Jimat Berganda-Ganda!

Trending

Macam-Macam Ada, Harga Berpatutan, Shopping Kelengkapan Raya Di Parkson, Jimat Berganda-Ganda!

Tak lama lagi umat kita akan menyambut hari yang ditunggu-tunggu selepas sebulan berpuasa. Macam tahun-tahun sebelumnya, mestilah nak persiapan untuk menyambut Raya tahun ni tak kurang hebatnya. Kalau boleh semua nak berwajah baru, dari pakaian, langsir, barang rumah, pinggan, mangkuk, semualah!

Tapi bila bab shopping ni, semua orang mestilah nak yang cantik-cantik, berkualiti tapi harga murah kan? Barulah tak koyak poket. Tak apa, jangan risau, kami ada cara untuk korang berbelanja tapi masih lagi boleh berjimat berbaloi-baloi.

Advertisement

Paling penting bila nak beraya mestilah baju raya kan? Di stor Parkson, kesemuanya dari hujung rambut ke hujung kaki ada. Dari baju, beg tangan, kasut, aksesori, jam dompet, semua ada. Masuk je boleh pilih mana yang berkenan untuk Syawal sebulan. Yang penting harga semuanya berpatutan dengan kualiti ditawarkan. Barangan berharga serendah RM49 dan terdapat juga pelbagai barangan eksklusif yang hanya ada di Parkson, Dah tu apa lagi yang korang nak?

Selain pakaian, rumah pun kenalah sama naik, barulah cantik bergambar pagi 1 Syawal nanti kan? Barangan deco rumah macam kusyen, langsir, jam dinding, pasu bunga pun ada dijual. Dah cantik-cantik, nak wangi-wangi boleh gunakan diffuser dengan aroma menyenangkan untuk seisi rumah dan tetamu.

Nak hidangkan juadah Hari Raya untuk tetamu pun mestilah kena ada pinggan mangkuk yang sesuai kan? Barulah raya nama dia. Balang kuih, dulang, pinggan lauk, mangkuk hidangan, set sudu garpu, set cawan, segalanya juga tersedia di Parkson. Bermacam rekaan moden yang menepati citarasa korang boleh didapati.

Jadi, sebelum saiz korang habis, atau design yang korang nak licin disapu orang, baik cepat-cepat ke pusat beli belah Parkson berhampiran korang! Bermacam jenis barangan persiapan Syawal dijual di satu tempat, harga pun berpatutan, apa lagi yang korang nak?

Malas nak keluar tapi masih nak shopping? Korang boleh juga shopping secara online di Parkson online. Senang laa sekarang, masuk cart je terus bayar, tak leceh nak kena keluar rumah. Eksklusif untuk korang yang suka shopping online ni, Parkson juga akan beri diskaun RM20 untuk setiap pembelian RM200, guna je kod baucar RAYA20.

Korang boleh menebus hadiah percuma semasa membeli-belah di Parkson! Selain itu, korang juga boleh membeli pelbagai barangan (Purchase with Purchase) dengan harga yang berpatutan jika korang berbelanja RM80 ke atas dalam resit tunggal. Apa tunggu lagi, jomlah shopping di Parkson!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...