August 10th, 2010

indulge till you fly

Selalunya bila kita ada flight kat KLIA, kita hanya akan datang 2 jam awal untuk check in dan terus naik kapal terbang. Tapi hari ini Abang Nara telah lepak satu hari di KLIA bersempena dengan Indulge Till You Fly daripada pagi sampai la sekarang nie(4 petang).

Penat pusing satu hari dan Abang Nara dapat jumpa beberapa benda yang tak pernah diketahui atau jarang diketahui sebelum nie di KLIA. Antaranya:-

1. Hutan di tengah-tengah Bangunan Satellite KLIA

indulge till you fly
Siapa cakap kat tengah-tengah airport tak boleh ada hutan? Memang nampak tak masuk akal tapi itulah kenyataanya. Esok pagi bangun Abang Nara nak try jalan-jalan kat dalam hutan nie. Nampak macam menarik. Petang tadi perasan ada 2 3 orang Mat Saleh yang muka kepuasan masa keluar kat pintu nie. Maybe best sangat kot.

2. Wrapping service untuk bagasi anda
indulge till you fly

Siapa yang rasa beg dia ada banyak barang berharga anda memang perlu tahu kewujudan servis nie. Murah je pun caj dia. RM10 je. Beg korang pasti akan lebih selamat. Tak perlu nak risau kot-kot pecah brooch kat dalam tue.

3. Air Transit Hotel
indulge till you fly

Bagi Abang Nara ini memang terbaik untuk mereka-mereka yang ada flight transit lebih dari 6 jam. Harga sewa bilik dia boleh ikut jam so memang berbaloi. Dapat mandi, tidur atas katil dan ada spa lagi. Yang penting memang selesa. Malam nie Abang Nara akan tidur kat sini.

4. Spa dan Refleksologi
indulge till you fly
Perkhidmatan nie memang Abang Nara tak tahu ada. Katakan korang nak terbang gi jumpa awek Korea kat Seoul, Abang Nara memang nasihatkan pergi spa dan buat facial dulu. Kasik awek tue terus tangkap cinta dengan korang. Dan kalau korang memang jenis traveller, refleksologi kaki memang terbaik untuk kasih hilang lenguh tue.

5. Ruang rehat dengan LED TV yang besar bagak
indulge till you fly

Anda seorang lelaki macho yang tak suka bershopping? Atau anda malas nak ikut bini/awek anda membeli barang-barang murah di kedai Duty Free? Inilah tempat terbaik untuk anda lepak dan melayan TV sambil tunggu kapal terbang anda. Abang Nara siap tengok ada orang terbaring tidur atas sofa tue. Empuk sangat kot.

Banyak lagi benda-benda best yang tak diketahui ramai kat sini. Abang Nara pun tak habis explore lagi. Tapi dari pamplet katanya ada Kiosk Digi dan Celcom. So kalau korang nak bantuan buat roaming ke apa tak perlu risau sangat. Pergi je terus kat kaunter diorang.

Nantikan lagi update terkini dari Abang Nara esok. Esok Abang Nara akan terjah LCCT pulak bersempena dengan Indulge Till  You Fly nie. Oh ye sebelum terlupa korang boleh menang percutian ke London, Sydney dan Cape Town kalau bershopping kat KLIA sekarang!!!

P.S: Abang Nara baru tahu yang KLIA pernah menang Anugerah Airport terbaik sebanyak 3 tahun berturut-turut. Bangga sekejap jadi anak Malaysia.


Comments are closed.

Loading...