Semalam, isteri kepada penyanyi Usop iaitu Nur Fatihah telah selamat melahirkan bayi sulung lelaki mereka yang diberi nama Muhamad Saif Umar.
Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, penyanyi berusia 25 tahun itu telah memuat naik gambar isterinya sambil mendukung bayi mereka.
Alhamdulilah. Assalamualaikum Muhamad saif umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop.”
Dalam pada itu, Usop memohon maaf kerana menerima terlalu banyak komen dan kiriman mesej sehingga tidak menang tangan untuk membalasnya.
Biasalah, baru nak jadi daddy, gabra la ya. Nanti Usop balas satu per satu nah thank you semua.”
Selain menerima ucapan tahniah, ada juga netizen yang meninggalkan komen negatif mengenai wajah isteri Usop yang dilihat tanpa sebarang ‘makeup’ selepas bersalin.
Bagaimanapun, rata-rata orang ramai telah mengecam individu berkenaan dan menjelaskan bahawa wanita hamil sememangnya akan mengalami perubahan hormon dan bentuk badan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Anonymous
November 29, 2022 at 8:59 am
bg aku ok je bini usop ni. tp tak dinafikan aku pun terkejut bila tgk wajahnya. bkn sbb tak cantik. tp sbb aku mati2 igt wife dia mmg ada mix omputeh. sll bersolek macam caucasian, rupanya melayu tulen. tu je lah.
brunes
November 28, 2022 at 3:40 pm
cantik ponnn muka wife dia walaupun tak bermakeup, gila lah org yg kecam
Anonymous
November 28, 2022 at 9:05 am
bagi aku lawa je bini dia.. ko dah biasa tengok bini dia bersiap elok memang la ko kate lawa.. klau yg reply tu lelaki, nak nengok la muka bini dia lepas bersalin, macam lepat pisang ke macam cekodok…haihh… malaih aku..
Anonymous
November 27, 2022 at 9:42 pm
cntik ja bertudung.. ada sja x kena..