“Macam Lembu Bodoh!” – Diva AA Selar Perarakan #TangkapAzamBaki

Hiburan

“Macam Lembu Bodoh!” – Diva AA Selar Perarakan #TangkapAzamBaki

Baru sahaja sembuh dari sakit, pengacara bermulut ‘laser’ Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kembali mencuri perhatian apabila dia ‘naik angin’ setelah beberapa jalan raya utama di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur ditutup berikutan piket yang diadakan pihak tertentu pada pagi semalam.

Diva AA meluahkan perasaan bengang itu menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya di mana dia dilihat memaki hamun pihak yang mengadakan perarakan tersebut sehingga jalan raya ditutup sepenuhnya daripada orang awam.

Advertisement
Poster tangkap azam bakiSumber : Google  

 

Gara-gara kecoh dan tangkap Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM), sampai sesak jalan ke arah Bangsar.

Aku bukan penyokong Azam Baki, tapi otak letak di mana? Kerana orang macam kaulah (peserta perarakan). Jalan ditutup sehingga menyusahkan orang lain.

Dalam hantaran yang sama, Azwan turut menggelar peserta yang menyertai demo itu sebagai ‘lembu bodoh’ kerana telah menyusahkan orang lain.

Malah dia turut meminta pengguna media sosial agar menularkan video tersebut.

”Masing-masing ada otak. Fikirlah! Daripada nak berarak macam ‘lembu bodoh’. Kau viralkan video ini. Menyusahkan orang lain. Nak tangkap Azam Baki, tangkaplah! Tapi jangan menyusahkan orang lain.” ujar personaliti TV itu lantang.

azwan ali masuk hospital
3 years ago

"Bergurau Hal Mati, Tak Dididik Ke?" - Diva AA Terasa Baca Komen, Minta Netizen Berbudi Pekerti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...