“Macam Kekasih Putus Cinta” – Mamat Sepah Akui Sayang Akan Jep, Enggan Kaitkan Nama Demi ‘Views’

Hiburan

“Macam Kekasih Putus Cinta” – Mamat Sepah Akui Sayang Akan Jep, Enggan Kaitkan Nama Demi ‘Views’

Pelawak Mamat Sepah meluahkan perasaan sebenar terhadap rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu meskipun mereka kini tidak lagi sehaluan.

Menerusi perkongsian dalam podcast Sementara Teman, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 40, mengakui kurang selesa apabila nama Jep sering dikaitkan dengannya kerana dia menghormati hubungan yang pernah terjalin suatu ketika dahulu.

Advertisement

“Sampai hari ini ada orang yang bercakap tentang Jep..saya tak suka benda itu.”

“Sebab Jep pernah ada dalam sebahagian hidup saya, macam kekasih yang putus cinta. Kau tak boleh cerita pasal kekasih aku sebab dia pernah duduk dalam hati aku.”

Menurut Mamat, hubungan yang pernah dibina bersama Jep dan Shuib akan sentiasa dikenang sebagai sesuatu yang istimewa dalam hidupnya.

“Tapi kalau nak bercerita tentang Jep dan Shuib, mereka sampai bila-bila di hati saya.”

“Memang ruang itu saya tak pernah buka untuk sesiapa. Saya terima saya kawan-kawan yang lain, tapi kami dulu pernah sama-sama bujang.”

“Jep pernah bekerja bersama dengan saya, zaman bujang kita kerja kilang..Shuib pun pernah kerja dengan Jep.”

Dalam masa sama, Mamat menegaskan dia tidak mahu menggunakan nama Jep untuk meraih perhatian atau sensasi di media sosial.

“Tapi saya tak mahu kembang-kembangkan nama Jep sebab nanti orang kata saya overclaim, ‘kau nak sebut nama dia untuk view tinggi.’ Tidak sebenarnya.”

“Tapi kalau nak cerita tentang kasih sayang, saya dengan Shuib sayang dekat dia,” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-27 15:36:15

“Macam Mana Raya Kalian?” – M Nasir ‘Turun Padang’ Layan Netizen Di TikTok, Ramai Terhibur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...