Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu Mesnun mengakui dia dan suami barunya, Muhammad Sufian Isa sebenarnya jarang menghabiskan masa bersama dek kerana kesibukan bekerja.
Berikutan itu, Mas Idayu dan pasangan mengambil pendekatan untuk lebih banyak berkomunikasi melalui telefon bagi tujuan bertanya khabar dan berkongsi mengenai aktiviti harian masing-masing.
Perkara itu didedahkan Mas Idayu ketika sidang media Famili Duo yang diadakan di Artisan’s Playground by Cookhouse, selasa lalu.
Kami memang jarang berjumpa sebab sibuk dengan pelbagai kerja tetapi kalau balik tak dapat jumpa salah seorang, kami pastikan akan berkomunikasi menerusi telefon.
Seorang dekat Shah Alam, seorang lagi di Rawang, nampak macam suami isteri tetapi macam tak.
Namun begitu, jikalau dapat bertemu mereka berdua akan meluangkan masa bersama sehabis baik seperti pasangan yang baru bercinta.
View this post on Instagram
Tambah Mas Idayu lagi, dia sangat menantikan bulan Ramadan kerana pada waktu itu, dia akan lebih menghabiskan masa di rumah dan melakukan ibadah bersama ahli keluarga.
Insya-Allah, Ramadan nanti kita nak bersama-sama dengan keluarga, tiadalah nak ambil program berat-berat.
Manakala bagi suami, Sufian berkata meskipun jarang berjumpa tetapi rindu terhadap isterinya itu tetap menebal dan sentiasa ada.
“Alhamdullilah setakat ini kami masih bercinta dan harap terus menyayangi sehingga ke akhir hayat” ujar Sufian.
Sekadar info, penyanyi lagu Cintaku 100% dan Sufian telah mendirikan rumah tangga pada 18 September lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.