‘Mak Cik Bawang’ Kecam Siti Elizad Berpakaian Seperti Lelaki – “Takkan Nak Pakai Skirt Pulak Naik Motor!”

Hiburan

‘Mak Cik Bawang’ Kecam Siti Elizad Berpakaian Seperti Lelaki – “Takkan Nak Pakai Skirt Pulak Naik Motor!”

Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad baru-baru ini ada berkongsi gelagat seorang netizen yang mengkritik caranya berpakaian.

Elizad kemudian memuat naik foto tangkap layar yang menunjukkan seorang wanita mengecam penampilannya yang seakan lelaki dan tidak sesuai.

Advertisement

Menjawab komen netizen berkenaan, dia berasa hairan apabila baju yang digayakannya itu telah menjadi isu. Elizad yang ditemui mStar baru-baru ini telah meluahkan rasa kesal kerana perkara kecil seperti itu telah menjadi bahan untuk dijadikan kritikan.

“Kalau gambar seksi bukan main lagi semua kecam, ini kita pakai baju tiada terdedah pun kena kecam! Tak kisahlah orang nak kata macam jantan pun.. bawa motor takkan nak pakai skirt pula,”

Hal ini berbangkit apabila Elizad ada berkongsi foto bersama suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman dan kumpulan mereka yang sedang menyertai aktiviti permotoran pada hujung minggu lalu.

View this post on Instagram

Kalau motor dikira ber-sukan tak ? ? . Panas engine je . Pi pasar , beli belacan ? . #battkong #diamerajuk #babiesnumber3 ??

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

Dia yang hanya berpakaian kasual sesuai dengan aktiviti permotoran tersebut kemudian telah menjadi bualan netizen yang kurang senang dengan penampilan santai pelakon berkenaan.

Namun, komen tersebut telah dipadam ‘mak cik’ tersebut setelah ianya menerima komen balas daripada Elizad serta peminatnya.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...