“Macam Jamuan Kanibal” – Netizen ‘Kembang Tekak’ Tengok ‘Customer’ Korek Ikan Tuna, Makan Mentah

Makanan

“Macam Jamuan Kanibal” – Netizen ‘Kembang Tekak’ Tengok ‘Customer’ Korek Ikan Tuna, Makan Mentah

Netizen berasa ‘kembang tekak’ selepas menonton sebuah video dimuat naik oleh satu akaun Instagram, yang mempromosikan restoran makanan Jepun.

Menerusi video itu, pelanggan boleh menjamah ‘Bluefin Tuna’ terus dari badan ikan tersebut di restoran berkenaan.

Advertisement

Rakaman itu menunjukkan cara-cara untuk menikmati hidangan tersebut dengan hanya menggunakan sudu.

Beberapa individu dilihat ‘melapah’ dan mengorek isi ikan tuna itu dari celahan tulang sebelum menjamahnya tanpa dimasak terlebih dahulu.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geli dan nak muntah melihat mereka makan ikan mentah begitu.

Segelintir dilihat mengingatkan orang lain tentang bakteria salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Seorang individu berkata dia suka makan sushi namun tidak sanggup menjamah juadah mentah tersebut.

Ada yang turut berkata tindakan makan ikan mentah itu nampak seperti golongan kanibal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ayam mentah di kantin, guru pesan pelajar yang sepatutnya cek
3 years ago

Ibu Mengadu Anak Beli Ayam Mentah Di Kantin, Guru Suruh Pelajar Yang Cek Makanan Sebelum Makan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...