“Macam Iklan Siam”- Netizen Puji Iklan Terbaru Eye Mo Bersama Luqman Podolski

Hiburan

“Macam Iklan Siam”- Netizen Puji Iklan Terbaru Eye Mo Bersama Luqman Podolski

Anda yang mengikuti Luqman Podolski mesti perasan satu iklan yang memaparkan ubat titis mata jenama terkenal. Iklan itu merupakan kolaborasi di antara Eye Mo dan selebriti media sosial terkenal, Luqman Podolski.

Tidak seperti iklan produk yang sering dilihat di kaca televisyen. Rata-rata netizen memberikan maklum balas yang positif mengenai iklan itu, walaupun ia sekadar iklan ubat titik mata.

Advertisement

Kreatif macam iklan Thailand

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dol (@luqmanpodolski)

 

Pengguna Instagram: Memang iklan Siam ni

Pengguna Instagram: Haha iklan macam ni kami mahukan ada lawak

Pengguna Instagram: Ghisau nengoknya…pompuan ke jantan tu

Mungkin sebab dah bosan tengok iklan di televisyen yang ‘nampak’ sama. Rata-rata pengguna media sosial memuji iklan Eye Mo kali ni nampak berbeza. Lebih fresh macam tu.

Eye Mo “The Real Thing”

Jika anda sedar, jenama Eye Mo sebenarnya pernah ‘hilang’ dari pasaran selama 5 tahun (2013-2017). Namun, disebabkan ubat titis mata ini sangat sinonim dengan jenama Eye Mo, rata-rata pengguna akan merujuknya sebagai Eye Mo apabila membeli produk titis mata.

Bagi mengumumkan kemunculan semulanya di pasaran, Eye Mo melancarkan kempen “The Real Thing” dengan berkolaborasi bersama Luqman Podolski.

“Hanya Eye Mo, jenama sebenar yang dikenali dan dipercayai selama bertahun-tahun dan apabila ia melibatkan salah satu deria penting, kita tak seharusnya berkrompomi daripada mendapatkan apa yang terbaik”. – Weitarsa Hendarto, Naib Presiden Kanan Pemasaran & Operasi Antarabangsa Combiphar

Di Malaysia, Eye Mo menawarkan dua variasi Eye Mo Regular yang membantu memberi kelegaan dari kerengsaan mata dan rasa tak menyenangkan akibat habuk dan asap.

Manakala, Eye Mo Moist memberikan kelembapan dan menyegarkan mata yang kering akibat membaca dan bekerja di hadapan skrin terlalu lama.

Maklumat lanjut mengenai anda boleh mengikuti Facebook dan Instagram Eye Mo atau klik di SINI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...