Mengakui perjalanan hidupnya bagai kusut dan tidak tenang selepas memutuskan untuk tidak lagi berhijab sekitar tahun lepas, pelakon Fathia Latiff kini melalui fasa pencarian diri semula.
Menurut Fathia, hidupnya tidak tenteram dan adakalanya berdepan ketakutan luar biasa terutamanya ketika berada di rumah.
Fathia yang trauma dengan kisah hidupnya itu sering merasakan seperti hidup dalam neraka apabila tampil tidak menutup aurat di hadapan khalayak ramai.
“Rasa macam semua orang nak bunuh saya! Kadang-kadang ketakutan itu jadi ekstrim sampai bawa kereta laju-laju sebab nak balik rumah. Bila ada kilat guruh semua jadi tambah takut.”
Tambahnya lagi, beliau merasakan semua pihak bagai tidak memahami situasi yang memebelenggu dirinya sampaikan suatu tahap beliau terpaksa memutuskan untuk menangis seorang diri.
“Macam nak kiamat pun ada. Semua perasaan itu datang ketika sedar, bukan dalam mimpi pun.”
Advertisement
Lebih perit, Fathia akui dalam mengharungi dugaan ini banyak perkara sudah dilaluinya sehinggakan beliau difahamkan pernah melutut di hadapan ibunya bagi memohon keampunan.
Penghijrahan kali kedua Fathia ini benar-benar membuka perspektif baharu dalam kehidupannya malah sentiasa memohon agar Allah SWT menetapkan imannya agar tidak berbalik-balik lagi.
“Sepanjang tempoh membuka semula tudung saya tertanya-tanya siapa diri saya sebenar?
Untuk rekod, sekitar April 2019, tindakan Fathia membuka semula tudung selepas berhijab pada tahun 2016 mengejutkan ramai pihak. Sehingga ramai dalam kalangan netizen menghentam perbuatannya itu dan melabel Fathia sebagai individu yang mudah terpesong dan mempersendakan agama.
Tidak ketinggalan, wujud juga segelintir daripada pengikutnya yang tidak putus mendoakan agar Fathia mendapat hidayah kembali dan pulang ke pangkal jalan.
Sumber: Gempak

Anonymous
June 17, 2020 at 7:55 am
Pakai tudung biar seiring dgn akhlak
Anonymous
June 16, 2020 at 6:32 pm
Ice ice baby!
Anonymous
June 16, 2020 at 6:05 pm
Sesungguhnya Fathia lagi comel bila bertudung
Anonymous
June 16, 2020 at 5:57 pm
Fathia kalau nak berubah tak payah kerana org lain, bkn sbb nak diterima org buatlah kerana lillahi taala dan diri sendiri. Dan peminat tu tak payah lah nak bagi peluang pe bagai nanti kecewa lagi bila artis pujaan tak seperti yang diinginkan.. ilek2 sudah…
minah jambu say STAY AT HOME !!
June 16, 2020 at 5:44 pm
emmmmm…