Macam Hidup Dalam Neraka, Fathia Latiff Dedah Kisah Hijrah Kali Kedua

Hiburan

Macam Hidup Dalam Neraka, Fathia Latiff Dedah Kisah Hijrah Kali Kedua

Mengakui perjalanan hidupnya bagai kusut dan tidak tenang selepas memutuskan untuk tidak lagi berhijab sekitar tahun lepas, pelakon Fathia Latiff kini melalui fasa pencarian diri semula.

fathia latiff

Advertisement

Menurut Fathia, hidupnya tidak tenteram dan adakalanya berdepan ketakutan luar biasa terutamanya ketika berada di rumah.

Fathia yang trauma dengan kisah hidupnya itu sering merasakan seperti hidup dalam neraka apabila tampil tidak menutup aurat di hadapan khalayak ramai.

“Rasa macam semua orang nak bunuh saya! Kadang-kadang ketakutan itu jadi ekstrim sampai bawa kereta laju-laju sebab nak balik rumah. Bila ada kilat guruh semua jadi tambah takut.”

Tambahnya lagi, beliau merasakan semua pihak bagai tidak memahami situasi yang memebelenggu dirinya sampaikan suatu tahap beliau terpaksa memutuskan untuk menangis seorang diri.

“Macam nak kiamat pun ada. Semua perasaan itu datang ketika sedar, bukan dalam mimpi pun.”

Lebih perit, Fathia akui dalam mengharungi dugaan ini banyak perkara sudah dilaluinya sehinggakan beliau difahamkan pernah melutut di hadapan ibunya bagi memohon keampunan.

Penghijrahan kali kedua Fathia ini benar-benar membuka perspektif baharu dalam kehidupannya malah sentiasa memohon agar Allah SWT menetapkan imannya agar tidak berbalik-balik lagi.

fathia latiff

“Sepanjang tempoh membuka semula tudung saya tertanya-tanya siapa diri saya sebenar?

Untuk rekod, sekitar April 2019, tindakan Fathia membuka semula tudung selepas berhijab pada tahun 2016 mengejutkan ramai pihak. Sehingga ramai dalam kalangan netizen menghentam perbuatannya itu dan melabel Fathia sebagai individu yang mudah terpesong dan mempersendakan agama.

Tidak ketinggalan, wujud juga segelintir daripada pengikutnya yang tidak putus mendoakan agar Fathia mendapat hidayah kembali dan pulang ke pangkal jalan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...