“Macam Harry Potter”, Netizen Terhibur Lihat Graduan Ini Buat Magik Di Majlis Konvokesyen

Trending

“Macam Harry Potter”, Netizen Terhibur Lihat Graduan Ini Buat Magik Di Majlis Konvokesyen

Sejak dua menjak ini, terlalu banyak insiden yang kurang enak didengar berlaku di pentas konvokesyen. Sampaikan sudah menjadi trend, setiap kali konvokesyen pasti akan ada protes yang tak sepatutnya berlaku.

Baca: “Hail Hitler”, Graduan Dikecam Tunjuk Tanda Solidariti Palestine Atas Pentas

Advertisement

Tapi kali ini, seorang graduan berjaya menarik perhatian netizen dengan aksi bersahajanya di majlis konvokesyen baru-baru ini. Bayangkan semasa orang sibuk memasuki dewan. dia sempat menunjukkan aksi magik di hadapan kamera!

Haa nah kot ada yang terlepas moment bro tunjuk magic kat camera petang tadi.

Dalam sekelip mata sahaja, video berdurasi beberapa saat itu menarik perhatian netizen sehingga mendapat hampir 30,000 retweet. Graduan ini menunjukkan aksi mengeluarkan kad dari tangannya yang kosong semasa berjalan ke arah kamera.

Untuk pengetahuan anda, graduan dikenali sebagai Fakhrul Illusionz ini sememangnya ahli silap mata secara sambilan. Patutlah trick yang dilakukan nampak cukup natural dan bersahaja.

“Harry Potter punya graduasi.”

“Bayangkan dia buat magic. Tetiba scroll tu dah ada kat tangan dia.”

“Dengan jubah konvonya buat time jalan macam tu dah macam Harry Potter dah.”

“Lepas ni sambung belajar dekat Hogwarts.”

Sebelum ini kecoh apabila seorang graduan dari Universiti Malaya melakukan protes di atas pentas konvokesyen. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Turunkan VC!”, Sikap Biadap Graduan Universiti Malaya Ini Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...