Sebelum ini, negara kita telah digemparkan dengan kes kematian seorang Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang di telah ditekap dengan seterika sehingga mengalami kesan melecur yang teruk sehingga menyebabkan kematian.
Baru-baru ini, sebuah mini series guaman di aplikasi TikTok, Terpaling Suci, dikritik hebat oleh netizen kerana didakwa seolah-olah ‘menunggang’ isu kematian pelatih tersebut.
Series tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang individu memuat naik ke akaun Instagramnya mempertikai adakah benar cerita itu hanyalah rekaan semata-mata.
Menerusi episod pertama series itu, ia memaparkan beberapa orang individu sedang membuli mangsa dengan cuba untuk menekap seterika itu dibadan mangsa.
Babak itu dikatakan seakan-akan sama dengan perkara yang terjadi kepada Allahyarham Zulfarhan sehingga menyebabkan series itu dikritik dan dikecam.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan series ini tidak menjaga sensitiviti keluarga dan tidak memikirkan emosi keluarga arwah sekiranya menonton series ini.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain di bawah.