“Macam Drama TV” – Shuk Sahar Buat TikTok Ketika Urusan Di Mahkamah, Netizen Kecam Seolah Cari Publisiti

Hiburan

“Macam Drama TV” – Shuk Sahar Buat TikTok Ketika Urusan Di Mahkamah, Netizen Kecam Seolah Cari Publisiti

Seolah memberi bayangan bahawa perkahwinannya kini sudah sampai ke penghujung, pelawak Shuk Sahar baru-baru ini ada memuat naik video TikTok yang memaparkan dia berada di mahkamah bersama seorang peguam pada pagi Jumaat.

Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, pelawak itu sempat mengemaskini akaun media sosialnya itu dan menulis kapsyen “Aku bukan jodohnya, aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya.”

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan menitipkan pesanan berupa nasihat kepada Shuk.

Namun, ada juga yang terhibur dengan rakaman  video berkenaan yang saling tidak tumpah seperti adegan drama di televisyen.

Amboi, macam shooting drama Akasia TV3.

Nak tanya memang kena pakai baju hitam ke dengan kaca mata kalau nak berurusan dengan pejabat agama/mahkamah syariah untuk proses bercerai?

Terdahulu, isteri Shuk, Rosalennah Natassyiah Asshaferrah telah ditemubual dalam rancangan hiburan MeleTOP berkenaan kisah rumah tangga mereka berdua.

Ujar Rosalennah atau lebih dikenali sebagai Rossa Sera mengakui sudah tawar hati dan kesal setelah berkali-kali kemaafan diberi kepada Shuk namun tidak dihargai oleh suaminya itu.

Maklumnya lagi, mereka berdua sudah pun mencapai kata sepakat mengenai masa depan rumah tangga yang dibina selama lebih 7 tahun itu.

tiktok paknil shuk sahar
3 years ago

(VIDEO)”Berbaloi Ke Curang?” - Soalan 'Panas' Paknil Buat Shuk Sahar Terkelu, Akui Menyesal Duakan Sera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...