“Macam Ditanam Hidup-Hidup, Tak Boleh Nak Cari Makan Langsung” – Enot

Hiburan

“Macam Ditanam Hidup-Hidup, Tak Boleh Nak Cari Makan Langsung” – Enot

Pelakon dan pelawak, Enot mengakui hidupnya kini sukar kerana sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana produksi.

Ujar Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah,48, dia tidak tahu mana silapnya namun tidak menolak kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini membuatkan syarikat produksi hilang minat untuk mengajaknya berlakon.

Advertisement

Saya tak boleh nak cari makan di luar sana. Bagaikan ditanam hidup-hidup. Tidak tahu kenapa berlaku begini.

Mungkin ada mulut-mulut yang menyampaikan sehingga orang tak mahu bagi saya tawaran berlakon.

Aktres itu berkata demikian ketika ditemui media untuk program Ziarah Seni Madani Finas 2024, Rabu lalu.

Malah, menurutnya lagi, apa yang menimpanya sebelum ini telah memberikan tekanan besar sehingga menyebabkan keresahan ataupun ‘anxiety’.

Disebabkan terlalu percayakan orang juga boleh mengundang kepada tekanan dan akhirnya menyebabkan anxiety. Saya berkongsi masalah diri namun kisah itu disampaikan kepada orang lain.

Orang mula membuat spekulasi tentang saya sedangkan perkara itu tidak betul. Jadi lebih baik saya berdiam dan hanya berserah kepada Allah.

Sebelum ini, Enot didakwa menghilangkan diri dan tidak lagi menghubungi serta bergaul dengan rakan-rakan artis.

Dia juga pernah terpalit dengan kontroversi bercinta dengan pengkid sehingga menjadi sorotan netizen di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuib
2 months ago

(VIDEO) Mateen Buat Aksi L*cah, Netizen Kecam Shuib Anggap Bahan Lawak - "Nak 'B*rsama' Tolong Tutup Pintu Dulu"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...