Baru-baru ini, pelakon jelita, Uqasha Senrose berkongsi video percutiannya bersama keluarga menerusi akaun Instagramnya.
Menerusi video tersebut, ia memaparkan Uqasha sedang bergembira meluangkan masa bersama keluarga dan menerusi ruangan kapsyen dia meluahkan rasa syukur dapat bersama mereka sebagai penutup bagi tahun 2024.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, video tersebut mendapat perhatian netizen kerana rata-rata tertanya-tanya mengapa kelibat suaminya, Kamal Adli tidak kelihatan.
Ada juga netizen yang mendakwa pelakon itu sudah lama tidak memuat naik gambar atau video bersama suaminya namun mereka tetap mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.
Terdahulu, timbul dakwaan rumah tangga Uqasha dan suaminya, Kamal Adli sedang bergolak namun perkara tersebut telah dinafikan oleh kedua-dua belah pihak.
Uqasha akui terkilan apabila spekulasi tersebut timbul dan dia berasa pelik bagaimana khabar angin mengenai dirinya sedang menghadapi masalah tersebar.