Setiap pelanggan pastinya mahukan hasil yang terbaik jika sesuatu servis itu dibayar dengan harga yang mahal dan selalunya lebih mahal bayaran, lebih berkualiti servis yang diberikan.
Namun begitu, lain pula ceritanya bagi seorang perunding imej yang menawarkan servis tidak sepadan dengan harga imej yang dihasilkan untuk pelanggan.
Itulah yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial Twitter di mana perunding imej dikecam kerana khidmat yang ditawarkan berharga RM6,999.
Book your slot now with only RM6999 pic.twitter.com/RlzkfgyBY3
— Qusyairi Hashim (@QusyairiH) May 23, 2022
Hasil imej yang diberi untuk pelanggan dianggap sangat amatur dan tidak setimpal dengan harga.
Ramai yang mengecam imej yang dilakukan seperti menyamakan hasil imej dengan gambar cikgu disiplin dan ada juga yang memberi pendapat hasil imej seperti ‘supervisor’ tukang kebun.