“Macam Badut, Beriya” – Minta Padam Foto Dirakam Tanpa Kebenaran, Azlee Khairi Dilabel Sombong?

Hiburan

“Macam Badut, Beriya” – Minta Padam Foto Dirakam Tanpa Kebenaran, Azlee Khairi Dilabel Sombong?

Baru-baru ini, tular mengenai satu video memaparkan seorang wanita merakam foto dan video pelakon Azlee Khairi bersama isterinya di aplikasi TikTok.

Maklum dengan perkara itu, Azlee dilihat meninggalkan komen meminta wanita itu untuk memadam segala foto dan video yang dirakam malah menyifatkan perbuatannya seperti badut.

Advertisement

Malah, isteri Azlee, Nurul Hidayah juga meminta agar wanita itu berbuat perkara yang sama.

Macam badut sahaja, hanya awak (isteri) sahaja satu-satunya. Tolong pada video ini dan jangan ada muka saya.

Jangan suka-suka ambil video orang begini kemudian beria sangat.

Tidak berdiam diri, wanita berkenaan tampil membalas komen Azlee dan menganggap pelakon drama Love You Mr Arrogant itu sebagai seorang yang sombong.

Kenapa layan peminat begini? Sombong lebih daripada artis yang nama besar sangat.

Dia juga ada menempelak isteri Azlee yang didakwanya cemburu tidak bertempat.

Awak ini jadi isteri artis dan sepatutnya pandai kawal emosi dan mental serta bijak bezakan gurauan peminat.

Kalau menyoal begini, sepatutnya kahwin dengan orang biasa sahaja atau awak bangga sebab ada suami artis, mendongak sangat, kelakar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

siti nordiana
6 months ago

"Guna Jampi Serapah Boleh La" - Siti Nordiana Kesal Dituduh Guna Ilmu Hitam Untuk Kekal Dalam ASGV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...