Pelakon dan personaliti TV, Scha Alyahya sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila kelihatan seperti anak dara meskipun sudah melahirkan dua orang cahaya mata.
View this post on Instagram
Dia yang baru sahaja selesai tempoh berpantang usai melahirkan anak kedua, Lyla Amina pada 12 Februari lalu juga kini sedang giat bekerja seperti yang dipaparkan dalam media sosial miliknya.
Tidak berehat lama, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya ini tetap melunaskan tanggungjawab untuk Lyla dari segi penyusuan badan dan sebagainya.
Dalam hantaran berbeza, peminat tampil teruja dengan perubahan badan Scha yang masih kekal langsing dan kurus seolah-olah tidak pernah melahirkan anak.
View this post on Instagram
Sekadar info, Scha dan Awal yang mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lara Alana,7, dan Lyla Amina yang baru sahaja dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Ibu Negara.