Pelakon dan kini usahawan, Syatilla Melvin baru-baru ini ada berkongsikan foto memaparkan dia sedang memeluk suaminya yang juga pelakon, Shaheizy Sam.
Ini berikutan aktor tersebut telah tamat menjalani kuarantin 14 hari di sebuah hotel di ibu kota susulan pulang dari negeri Sabah.
Syatilla dilihat telah memuat naik foto tersebut menerusi ruangan Instagram miliknya untuk tatapan peminat setia. Dia yang sebelum pernah membuat sebuah video melambai-lambai tangan kepada Sam yang sedang menjalani kuarantin di hotel berdekatan dengan pejabatnya baru-baru ini.
“Yeayyyy my suami is back!! Harini mai tengok progress studio kami.. Studio nak siap dah wey !! Yeay Yeay!!
Namun yang menarik perhatian adalah gambar tersebut telah menerima reaksi pelbagai daripada netizen yang melihat akan penampilan baru Shaheizy Sam setelah 14 hari terkurung di hotel.
Ada di antara komen peminat yang tersalah anggap Sam telah menyerupai pengarah Datuk Afdlin Shauki. Malah, Syatilla turut menggunakan tanda pagar #bukanafdlinshauki di penghujung kapsyen gambar tersebut.
Apa-apapun,tahniah diucapkan kepada Sam kerana berjaya menjalani kuarantin demi kesejahteraan bersama dalam mengharungi wabak pandemik COVID-19 ini.