Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Maafkanlah Isteri Saya – Farid Kamil

Apabila Diana Danielle melahirkan rasa cemburu melihat Nora Danish berpegangan tangan dengan suaminya, Farid Kamil, banyak pihak yang mengkritik dan melahirkan rasa hairan. Mana tidaknya, selaku seorang pelakon, Diana pasti tahu kehendak dan asam garam dunia hiburan. Namun tidak boleh dinafikan sebagai seorang wanita amnya dan isteri khususnya, sesiapa pun akan cemburu jika suami dipegang oleh wanita lain.

diana danielle

Advertisement

Apa pun, luahan perasaan Diana Danielle itu telah pun dipadamkan daripada akaun Instagramnya. Farid Kamil selaku suami yang bertanggungjawab telah meminta orang ramai memaafkan isterinya itu. Kata Farid Kamil menerusi MalaysianDigest:-

Saya berharap perkara tersebut dapat dimaafkan. Maafkanlah dia dengan tindakannya yang melampirkan status sebegitu rupa. Sebenarnya itu adalah isu biasa.

Saya maafkan dia. Saya rasa setiap wanita perlu ada sikit rasa cemburu tapi hal ini tidak menjadi masalah besar.

Selama 11 tahun saya dalam industri dan itu sebahagian daripada tugasan saya sebagai pelakon. Isu ini tidak menjejaskan nama baik saya sebagai pelakon pada masa akan datang.

Kami boleh dikatakan masih baru lagi dalam alam perkahwinan. Jadi hal sebegini merupakan satu lagi perkara baru dalam hidup kami.

Advertisement

ddBiasalah tue dalam kehidupan suami isteri kena ada rasa cemburu. Kalau tak cemburu, tak sayang maknanya. Apa pun ambil ini sebagai satu pengajaran. Mungkin lepas ini boleh luahkan rasa cemburu secara ‘direct’ kepada suami/isteri terlebih dahulu sebelum berkongsi di laman sosial. Tak gitu?

P.S: Nak buat logo untuk bisnes/persatuan/entiti anda? LIKE page DesaKreativ untuk design professional dengan harga terendah dipasaran!

Design terbaik dan professional , harga terendah di pasaran.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top