“Maafkan Saya Encik, Dia Anak Autism”. Meskipun Dirinya OKU, Anak Ini Masih Mampu Berdikari

Trending

“Maafkan Saya Encik, Dia Anak Autism”. Meskipun Dirinya OKU, Anak Ini Masih Mampu Berdikari

3Memang diakui, ramai mereka diluar sana yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) agak susah nak dapatkan pekerjaan. Malah ada majikan yang tidak percaya, dan ada kerja yang mereka lakukan mungkin terbatas sehingga ada segelintir yang terpaksa menjadi penggemis jalanan.

Tetapi dalam pengalaman admin, mereka inilah antara orang yang paling menghargai pekerjaan yang diperolehi kerana mereka tahu mereka susah untuk dapat kerja menyebabkan mereka amat menghargainya.

Advertisement

Kisah yang dikongsikan oleh saudara Syahril A. Kadir ini cukup memberikan motivasi dan inspirasi kepada mereka di luar sana, walaupun anak ini menghidapi Austism, ia tidak menghalangnya untuk berdikari, bahkan lebih hebat berdikarinya dari kita yang normal.

Jom kita baca,

KISAH ANAK AUSTISM YANG ENGGAN BEBANKAN KELUARGANYA…

Petang tadi aku berada di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) Kg Baru. Ketika sedang duduk menantikan segelas hot chocolate, mata aku menangkap kelibat seorang remaja yang begitu tekun menghidangkan minuman, tanpa rasa penat ke hulu dan ke hilir menyajikan sajian yang dipinta pelanggan.

1

Tetapi aku dapat rasa ‘sesuatu’. Dia langsung tak buka mulut, mukanya serius dan seperti dalam dunianya sendiri. Dalam hati aku berkata, mungkin dia sedang stress. Nak dijadikan cerita, remaja yang sama juga datang dan menghidangkan hot chocolate ke mejaku. Ini part paling ‘sempoi’…dia hanya tegak berdiri di tepiku. Aku pula yang terpaksa mengambil sendiri minuman tersebut dari tray yang dipegangnya. Annoying seh!

” Maafkan saya Encik…dia anak autism,” kata Cik Aishah.

4

Rupanya dari jauh eksekutif hotel tersebut memerhatikan gelagat pekerjanya. Dari perbualan singkat dengan Cik Aishah, baru aku tahu siapa sebenarnya remaja itu.

Dan Lo sebenarnya dah berusia 22 tahun tetapi sering gagal mendapatkan pekerjaan disebabkan status OKUnya itu. Anak kelahiran Pandan Indah ini tidak bersekolah secara formal, hanya belajar home tuition. Ibu bapanya kemudian menghantar Dan mengikuti kursus perhotelan tetapi tidak pernah diterima bekerja sehinggalah KLIH memberi peluang kepadanya.

2

Dia tak pernah ponteng selama bekerja di sini…ada customer yang tak tahu pernah memarahinya tetapi Dan tak pernah ambil hati. Dia tabah menjalankan tugas dan tak mahu kami memberi layanan istimewa terhadapnya. Katanya dia tak pernah dapat bantuan. Pendek kata dia mahu berdikari, tak mahu membebankan keluarga,” kata Aishah.

Aku kagum dengan Dan dan aku kagum dgn kesanggupan KLIH. Kisah Dan sepatutnya membuka mata dan telinga kita supaya jangan menyisihkan insan-insan sepertinya. Aku terkenang bait-bait lirik lagu Namun Ku Punya Hati.

“…maafkan wahai teman, ku menumpang di sudut dunia, mencari ketenangan, sampai masa ku pergi jua…”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...