Tentunya umum mengetahui mengenai isu kontroversi melibatkan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam satu sesi ceramah baru-baru ini. Banyak juga spekulasi dan dakwaan lain timbul disebalik isu tersebut sehingga pendakwah itu dikecam.
Tidak mahu salah faham terus timbul, Dr Zakir Naik telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak yang terkesan dan tersinggung dengan kenyataan kontroversinya itu.
Pada masa yang sama, Dr Zakir Naik menegaskan beliau bukan seorang rasis dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana individu atau masyarakat.
Isu ini turut mendapat perhatian Da’i Wan yang menganggap umat Islam di Malaysia lemah, gagal mempertahan dan bersatu membela ulama yang teraniaya.
Maafkan kami Zakir Naik. Sebenarnya kami, umat Islam di Malaysia ini yang lemah
Maafkan kami Dr Zakir Naik.
Sebenarnya kami, umat Islam di Malaysia ini yg lemah. Kami tak mampu pun bersatu utk membela ulama jikalau ada apa2 ujian. Memang tidak akan ada kuasa kebersatuan dri kami sebagai org Islam dlm negara ini. https://t.co/nrLlx4Dc20
— Da’i Wan (Official) (@wandazrin) August 20, 2019
Bangunlah dari mimpi
Dai’ Wan berkata tidak ada ajaran ekstremisme dan perkauman dalam agama Islam, mengapa harus terus menuduh Dr Zakir Naik dan melarangnya untuk memberikan ceramah?
Respon netizen
Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengumumkan Dr Zakir Naik tidak dibenarkan berceramah di Malaysia mahupun media sosial. Terdahulu, tujuh negeri telah melarang ceramah oleh pendakwah tersebut, antaranya Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.