“Maafkan Kami Andai Ada Salah Dan Silap” – Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Berdua Berangkat Ke Tanah Suci

Hiburan

“Maafkan Kami Andai Ada Salah Dan Silap” – Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Berdua Berangkat Ke Tanah Suci

Pelakon sensasi, Norman Hakim bersama isteri, aktres Memey Suhaiza dilaporkan telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Selamat berangkat ke tanah suci

Berita gembira itu dikongsikan pasangan selebriti itu di media sosial Instagram mereka untuk tatapan peminat.

Advertisement

Dalam hantaran itu, Norman dan Memey turut memohon maaf di atas segala kesilapan selain meminta doa orang ramai agar urusan mereka berdua dipermudahkan Allah S.W.T.

Sampai waktunya untuk kami berangkat mengerjakan ibadah Umrah bersama. Doakan kami semoga selamat pergi dan balik. Maafkan kami andai ada salah dan silap.

Peminat doakan selamat pergi dan selamat pulang

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat mendoakan agar Norman dan Memey mendapat kemanisan beribadah dan selamat pulang ke tanah air kelak.

Sekadar info, Norman dan Memey telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Norman
2 weeks ago

(VIDEO) "Adik Doa Supaya Dosa Papa Bagi Dekat Adik, Pahala Adik Bagi Dekat Papa" - Marissa Mohon Ampun Pada Norman Hakim Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...