“Maaf Tak Dapat Mansuh PTPTN”

Trending

“Maaf Tak Dapat Mansuh PTPTN”

Memang tak dapat dinafikan, piliharaya lalu, kuasa dan gelombang anak muda yang berjaya mencipta sejarah yang besar dalam negara ini.

Manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini juga banyak menyentuh tentang kebajikan anak muda Malaysia. Salah satu manifesto yang berjaya menarik perhatian ramai ialah penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Advertisement

Memang itu antara yang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia setelah PH mula mengambil alih pentadbiran negara. Tetapi ramai yang kecewa selepas Menteri Kewangan mengumumkan tentang bayaran PTPTN secara potongan gaji apabila gaji minimum mencecah RM1000 pada kadar 2% dan 15% setiap bulan.

Penulis Buku Harapan, Wan Saiful Wan Jan, hari ini, secara terbuka memohon maaf kepada rakyat kerana gagal menepati janji menghapuskan pinjaman PTPTN.

Dia yang juga Pengerusi PTPTN, berkata agensi itu sudah cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisasikan manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, namun gagal.

Katanya, ia termasuk tuntutan rakyat supaya kerajaan melaksanakan janji untuk menangguhkan pembayaran hutang PTPTN kepada mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000.

“Saya telah berbulan-bulan berusaha memikirkan bagaimana untuk melaksanakan janji ini dengan bantuan daripada pengurusan PTPTN. Hari ini, saya mahu memohon maaf kerana janji ini tidak dapat kita laksanakan.

 “Saya merasa bertanggungjawab kerana sayalah yang menulis janji itu dalam Buku Harapan, setelah mendapat input daripada pelbagai pihak.”

Hutang PTPTN (ketika itu) hampir RM40 bilion, dan jika janji ini diteruskan, hutang PTPTN akan menjadi bebanan besar kepada negara.

PTPTN sudah lama nak (cuba) menguruskan hal ini. Dia juga ingin menzahirkan kekaguman kepada pengurusan PTPTN kerana kesungguhan menyelesaikan isu ini.

Wan Saiful juga yakin pihak PTPTN boleh menguruskannya secara lebih baik.

Bukan itu sahaja, dia juga berikrar untuk cuba menepati janji prinsip asal, iaitu sekurang-kurangnya meringankan beban peminjam anak muda yang berpendapatan rendah.

“Saya akan lakukan pengumuman lanjut tidak lama lagi. Saya masih tunggu laporan mesyuarat Kabinet sebelum buat pengumuman.”

Dasar baharu itu lebih kurang sama dengan prinsip ditetapkan kerajaan terdahulu.

“Mereka yang cemerlang akan ada keistimewaan diberikan,” katanya merujuk kepada keputusan kerajaan terdahulu menukar status PTPTN kepada biasiswa kepada pelajar cemerlang kelas pertama.

Untuk para peminjam PTPTN, apa pendapat anda tentang isu ini?

Sumber:Berita Harian.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...