“Maaf, Soalan Lain” – Syafiq Kyle Enggan Jawab Majlis Kahwin Batal, Harap Tiada Yang Bertanya Lagi

Hiburan

“Maaf, Soalan Lain” – Syafiq Kyle Enggan Jawab Majlis Kahwin Batal, Harap Tiada Yang Bertanya Lagi

Aktor Syafiq Kyle memaklumkan sudah menyelesaikan isu pembatalan perkahwinannya dengan aktres Mimi Lana secara baik di antara dua keluarga.

Mimi Lana Syafiq Kyle
9 months ago

"Ya Aku Sakit" - Mimi Lana 'Update' IG Story Luah Perasaan, Syafiq Kyle Terus Menyepi

Advertisement

Tambah pelakon berusia 31 tahun itu lagi, perkara ini tidak perlu diceritakan kepada umum dengan lebih terperinci selain berharap ia tidak dibangkitkan lagi.

Saya mengambil pendekatan untuk menghormati kedua-dua belah pihak. Kami sudah selesai secara baik antara kami. Saya rasa perkara ini tidak perlu diulas lanjut, harap tiada lagi ‘follow up’ selepas ini.

syafiq kyle

Jelasnya lagi, dia kini mahu fokus pada karier dan keluarganya yang menjadi tulang belakang namun berterima kasih kepada peminat yang mengambil berat.

Buat masa sekarang biarlah kami ambil masa dan ruang masing-masing untuk fokus kepada keluarga dan karier.

Ditanya tentang khabar angin yang mengatakan bahawa perkahwinannya bersama Mimi Lana dibatalkan disebabkan dirinya, Syafiq menjawab,

Maaf, soalan lain.

mimi syafiq

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...