Penyanyi Ana Raffali berdepan dengan kecaman netizen apabila dilabel segelintir netizen sebagai seorang yang terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris.
Ana atau nama sebenar Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali telah mencetus perdebatan dalam kalangan pengguna Twitter apabila menegur penggunaan panggilan formal yang selalunya digunakan kebanyakan rakyat Malaysia terutama di sekolah-sekolah.
Tolong hapuskan penggunaan Sir (insert first name here) dalam memanggil cikgu/pensyarah lelaki melainkan mereka telah menerima anugerah kesatria dari Ratu England.
Boleh gunakan En. atau Mr. dengan yakin. Atau Dr., Prof., Dato’, Datin, Tan Sri dsb.
Tolong.
— Ana Raffali (@anaraffali) October 31, 2021
Menurut Ana, penggunaan ganti nama ‘Sir’ sebagai salutasi atau protokol yang dibudayakan di sekolah bagi guru lelaki sebenarnya tidak betul melainkan mereka telah menerima anugerah kesatria daripada Ratu England.
Boleh gunakan ‘En.’ atau ‘Mr.’ dengan yakin. atau ‘Dr.’, ‘Prof.’, ‘Datuk’, ‘Datin’, ‘Tan Sri’ dan sebagainya. Tolong.
Ana yang kini merupakan seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah persendirian itu berkata dia berasa bertanggungjawab untuk membetulkan kesalahan yang sudah lama menjadi satu amalan penggunaan bahasa ketika ini.
Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku itu memberitahu jika mahu panggil sesiapapun ‘Sir’ jangan guna bersama dengan nama pertama.
Contohnya, have a great day, sir! (betul). Have a great day, Sir Ahmad! (salah).
Menerusi ciapan Ana di Twitter itu, segelintir netizen menyifatkan dirinya suka berdrama dan memanjangkan perkara remeh.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.