“Maaf Saya…” – Fyna Jebat Nikahi Suami Orang? Ini Jawapan Jurulatih Bola Sepak Zainal Abidin

Hiburan

“Maaf Saya…” – Fyna Jebat Nikahi Suami Orang? Ini Jawapan Jurulatih Bola Sepak Zainal Abidin

Kecoh media hiburan dan juga arena sukan tempatan mengenai satu kontroversi membabitkan bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan yang didakwa telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Fyna Jebat.

Namun begitu, Fyna Jebat kelmarin telah mengiyakan desas desus berkenaan dan mengakui sudah bergelar isteri kepada lagenda bola sepak negara itu.

Advertisement

Kemudian, muncul pula dakwaan Fyna Jebat menjadi ‘perosak’ rumah tangga gara-gara ada individu menafikan Zainal bukanlah seorang duda seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

BACA: “Mesti BFF Ira Ni..” – Fyna Jebat Akui Dah Kahwin, Ada Dakwa Zainal Abidin Bukan Duda?

Berikutan itu, usaha media Kosmo! untuk mendapatkan sedikit ulasan mengenai status sebenar dirinya juga menemui jalan buntu kerana bekas jurulatih itu enggan memberikan kerjasama.

@whck16

x baik yg sorg tu claim suami barunya ‘duda’ walhal datuk zainal abidin hassan masih bsama isteri 1tama nya ..tabah ya datin zalina ?? #zainalabidin #syamsulyusof #irakazarkahwin #fynajebat #fyp? #fypdongggggggg #fypage #fyp??viral

? Ya Allah – Wali

Zainal difahamkan telah menamatkan perbualan ketika diminta untuk mengulas mengenai isu itu.

“Maaf saya tengah meeting (dalam mesyuarat)” katanya kepada media.

Dia kemudiannya gagal dihubungi dan turut tidak menjawab pesanan WhatsApp.

Fyna Jebat yang juga adik kepada pelakon Ayda Jebat itu tidak mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya bersama Datuk Zainal Abidin Hassan.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...