“Maaf Lukakan Awak. Saya Dah Jumpa Seseorang Yang Saya Tak Dapat Lepaskan Lagi.”

Trending

“Maaf Lukakan Awak. Saya Dah Jumpa Seseorang Yang Saya Tak Dapat Lepaskan Lagi.”


Seorang kakak dekat tempat kerja saya cerita tentang kes dia bercerai.

Dia cerita suami dia tu kerja offshore. Sepanjang perkahwinan kalau suami dia tu ada dekat rumah, kakak tu dilayan bak puteri. Nak apa semua dapat. Tak ada bergaduh besar. Boleh dikatakan perkahwinan tu bahagialah.

Advertisement

Dikurniakan seorang putera. Satu hari, suami dia baru balik dari kerja kat Labuan selama (saya tak ingat), sampai rumah dah lewat malam. Tapi kelakuan suami dia dah macam lainlah sedikit. Tak mesra sangat. Keesokan hari, suami dia cakap nak pergi kenduri kahwin.

Bila kakak tu nak ikut, suami dia kata. Tak payah la. Jadi, akak tu just okay jelah. Bila si suami balik dari kenduri, dah siap-siap mandi semua. Suami dia cakap dekat akak tu

Saya minta maaf saya dah lukakan hati awak.”

Kakak tu tanya “kenapa?”.

Suami dia jawab,

Saya dah jumpa dengan seseorang yang saya tak dapat lepaskan lagi.”

Luruh hati kakak tu, dia diam dan berkurung saja dalam bilik air. Lepas tu dia jalani hari macam biasa tanpa bercakap dengan suami dia. Suami dia pergi offshore semula pun. Dia diam.

Sampailah suami dia balik semula dari tempat kerja tu. Pergi semula Labuan. Cakap ada hal nak selesaikan. Balik sini semula lepas beberapa hari, suami dia bawa balik surat cerai dan masa tu suami dia cakap

Segala apa yang awak dapat sekarang takkan kurang walau sesen pun.”

Luruh lagi hati kakak tu. Sumpah saya yang dengar pun sebak sekali. Sampai saya macam, ya Allah kenapa lelaki, perempuan bukan nak kan duit tu semua. Perempuan nak kau la. Sumpah sebak dengar akak tu cerita.

Dia pun cakap jadi sekarang memang nafkah anak, rumah, bil air api, duit belanja bulanan semua. Si bekas suami dia tu bagi lagi. Tapi dia cuma tak dapat miliki suami dia tu saja. Kakak tu dah cerai dah masuk 6 tahun macam tu. Dia cakap dia masih belum dapat reda sepenuhnya.

Bukan dia tak cuba. Dia dah cuba. Tapi macam tak dapat terima perbuatan suami dia macam itu. Apa salah dia. Apa dosa dia. Sumpah la weh sedih!

Untuk pengetahuan, mereka  kenal sebelum kahwin tujuh tahun, kahwin dah 10 tahun masa bercerai. Gila ke tak sedih. Tak ada apa-apa terjadi tapi kena cerai sebab perempuan lain sedangkan kau bahagia saja. Saya tak tahu nak cakap apa.

Disebabkan cerita saya ni ramai yang baca, saya mohon kamu semua doakan untuk kakak tu terus kuat dan dapat reda sepenuhnya dengan apa yang berlaku dan dia peroleh balasan baik yang setimpal dengan pengorbanan dia.

Doakan yang baik-baik untuknya. Terima kasih semua. Saya dah tanpa kata.

###

Sumber: @thenurazira di Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...