“Maaf La, Dah Tercalon, Saya Cuba Nasib Je..” Jamal Abdillah Tak Ambil Tahu Siapa Pesaing Di AJL35

Hiburan

“Maaf La, Dah Tercalon, Saya Cuba Nasib Je..” Jamal Abdillah Tak Ambil Tahu Siapa Pesaing Di AJL35

Mengakui sedikit gementar menunggu debaran malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada 14 Mac nanti, penyanyi Jamal Abdillah berkata perasaan itu tetap akan timbul ketika mahu mengadakan persembahan secara langsung.

jamal AbdillahSumber : Instagram Wany Hasrita  

Bertapak dalam dunia seni hiburan sudah lebih 44 tahun, Jamal Abdillah yang bakal bergandingan dengan penyanyi Wany Hasrita itu nanti turut mengakui tidak tahu siapa pesaing yang akan berentap sekali dalam malam anugerah berprestij itu nanti.

Advertisement

Akuinya lagi, dia sebenarnya sudah hilang minat untuk menyanyi dan tidak mengikuti perkembangan industri muzik pada ketika ini, sama ada di corong radio ataupun di kaca televisyen.

 

“Sebenarnya saya dah kurang minat dalam bidang nyanyian, ini terus terang saya cakap saya tak ikuti langsung di radio atau di TV sampai saya tak tahu lagu yang bertanding dengan saya. Maaf la bukan apa, ini pun kerana saya sudah dicalonkan jadi saya cuba nasib. Dalam hati tu nak menanglah tapi kalau kalah pun tak mengapa.”

Penyanyi lagu Seniman Menangis itu bakal menyanyikan lagu berjudul Belenggu Rindu bersama-sama dengan rakan duo, Wany Hasrita.

View this post on Instagram

A post shared by WH (@wanyhasrita)

AJL35 bakal berlangsung pada 14 Mac ini dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3.

Antara lagu-lagu yang bersaing dalam malam kemuncak itu nanti antaranya ialah Peluang Kedua (Nabila Razali), Hati (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Gila ( Kaka Azraff, Loca B, Noki), Eh (Zizi Kirana) dan lain-lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...