July 29th, 2020

Baru-baru ini pelakon Datin Paduka Eina Azman ada memuat naik foto swafoto bersama suaminya, Dato Paduka Kaiser.

Namun yang menjadi buah mulut netizen apabila gambar tersebut memperlihatkan bahagian dada Eina yang kelihatan lebih besar daripada biasa.

Sudah menjadi topik perbincangan pula dalam kalangan netizen, Eina kemudian tampil memberikan sepatah dua kata serta sedikit kata nasihat kepada mereka yang telah  memberi komen yang tidak sepatutnya.

View this post on Instagram

Hubs ?? @datopadukakaiser

A post shared by ???? ????? (@eina_azman) on

 Eina yang sememangnya dikenali kerana gemar berkongsi resipi di laman instagram miliknya itu tampil memberi penjelasan dengan mengatakan bahawa gambar tersebut terlihat seperti itu kerana sudut kamera serta reka bentuk baju yang membuatkan dadanya kelihatan lebih besar daripada biasa.

Namun, ada juga yang tampil menyokong Datin Paduka Eina dan menasihatkan dirinya supaya tidak terlalu mengambil kisah mengenai cakap-cakap orang.

Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman yang bernikah dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden kini bahagia bersama dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...