“Maaf Kami Terpaksa Boikot..” – Peniaga Dakwa Kos Bahan Mentah Mahal Punca Kenaikan Harga, Netizen Pakat Boikot Bazar Ramadan

Kehidupan

“Maaf Kami Terpaksa Boikot..” – Peniaga Dakwa Kos Bahan Mentah Mahal Punca Kenaikan Harga, Netizen Pakat Boikot Bazar Ramadan

Setiap tibanya bulan Ramadan, isu seperti kenaikan harga juadah di Bazar atau tapak khemah yang meningkat mengakibatkan harga makanan juga melonjak naik. Pekara ini meraih perhatian netizen yang menyatakan rasa kurang senang hati dengan kenaikan harga yang semakin tidak masuk akal.

Kos bahan mentah mahal

Menurut laporan yang dipetik dari Berita Harian, didapati kebanyakan peniaga telah menaikan harga jualan juadah mereka sebanyak RM 1 hingga RM2. Hal ini terpaksa dilakukan kerana kos bahan mentah yang tinggi.

Advertisement

Ada seorang peniaga martabak di bazar Ramadan TTDI mendedahkan dirinya terpaksa menaikkan harga jualan martabaknya daripada RM5 ke RM7. Seorang peniaga roti John pula memberitahu harga roti John miliknya dinaikan kerana kos harga sos cili, sos lada hitam dan daging yang semakin mahal.

Netizen pakat boikot

Oleh kerana itu, tular di aplikasi X baru-baru ini yang memaparkan segelintir pihak yang berniat untuk memboikot bazar-bazar Ramadan yang ada kerana harga makanan baru yang diperkenalkan.

Menurut mereka, ada yang mendakwa bukan semua harga bahan mentah naik, malahan ada yang turun namun harga jualan tetap dinaikkan pada setiap tahun.

Peniaga ni tak bertanggungjawab. Bawang Holland tak naik harga. Sedangkan bawang Holland lagi sedap dari bawang India. Daging import Australia sudah kembali ke RM18/19 sekilo. Minyak tak naik harga.

 

Tiap tahun dok naik harga. Alasan bahan mentah naik harga tapi kuantiti tak kurangkan. Beli murtabak tu, isi ayam dengan daging tu boleh kira je la.

 

Naik harga dan berkualiti, sangat terbaik. Tapi naik harga, buat hauk baik makan sendiri jelah.

bazarSumber : X  

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

10 months ago

KKM Bakal Teruskan Operasi Ramadan 2024 Sepanjang Bulan Puasa Bagi Menjamin Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...