“Maaf Jika Berita Tentang Kehidupan Peribadi Saya Menganggu Urusan Harian Kamu Semua” – Mimi Lana

Hiburan

“Maaf Jika Berita Tentang Kehidupan Peribadi Saya Menganggu Urusan Harian Kamu Semua” – Mimi Lana

Pelakon Mimi Lana memaklumkan dia ada membaca komen-komen tidak menyenangkan daripada netizen, sehingga ada yang mendoakan perkara tidak baik terhadap dirinya.

Ujar Mimi, komen-komen itu muncul setelah hubungan percintaannya bersama aktor Syafiq Kyle kembali bertaut.

Advertisement

Tulis Mimi di hantaran Instagram Story, dia berterima kasih dan bersyukur kerana masih ada yang mendoakan yang terbaik buat dirinya terutama sekali berkaitan jodoh.

Tetapi, saya ada terbaca segelintir orang yang rimas dengan berita hubungan saya yang katanya sekejap jadi sekejap tak jadi.

Ada yang sampai keluarkan ayat-ayat dan doa yang tidak baik untuk saya. Urusan jodoh, ajal dan maut ini bukanlah di tangan saya. Terdetik di hati saya, mereka yang mempersoalkan urusan hubungan saya ini seolah-olah mempersoalkan kerja Tuhan.

Tambah Mimi, dia juga seorang manusia biasa dan tetap ditimpa ujian dan cabaran.

Kalau tidak ditanya kami sendiri tidak mahu bercakap soal hubungan kami kepada orang ramai. Walaupun tidak ditanya terus melalui kamu, tetapi kami tidak dapat menepis setiap kali keluar ditanya oleh rakan-rakan media. Dan saya menghormati mereka.

Aktres jelita itu turut memohon maaf sekiranya berita mengenai kehidupan peribadinya itu telah membuatkan orang ramai di luar sana terganggu urusan harian.

Maafkan kami jika berita tentang kehidupan peribadi kami mengganggu urusan harian kamu semua. Saya tetap mendoakan yang terbaik, dan saya berdoa supaya Allah tutup mata-mata kami dari membaca berita kami yang membuatkan hari kamu semua tidak senang. Amin YRA.

Terdahulu, Syafiq Kyle memberitahu media bahawa hatinya telah dimiliki Mimi Lana dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk melamar wanita pilihannya itu.

Mereka berdua sebelum ini membatalkan majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos tahun lalu di atas sebab yang tidak diketahui.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mimi lana syafiq kyle bakal bernikah
4 months ago

"Saya Dah Takluk Hati Mimi, Tunggu Nak 'Lock' Masa Yang Sesuai" - Syafiq Kyle

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...