Maaf Jika Aku Tak Sempurna Tamat, Digantikan Oleh Bila Hati Berbicara

Hiburan

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Tamat, Digantikan Oleh Bila Hati Berbicara

Semalam merupakan episod terakhir drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) lakonan Fahrin Ahmad dan Sara Ali. Abang Nara adalah tertengok 2,3 episod. Secara jujur, Abang Nara agak kurang gemar drama sebegini yang menyaksikan si isteri menengking dan tidak menghormati suami. Lepas itu si suami pula macam lembik dan dayus. Tak ada pula nak menegur si isteri. Itu adalah pendapat peribadi Abang Nara lah.

fahrin ahmad

Advertisement

Apa pun mutu lakonan Fahrin Ahmad dan Sara Ali tak perlu dipertikaikan dalam drama MJATS ini terutamanya Sara Ali yang membuatkan ramai peminat benci kepadanya. Daripada apa yang Abang Nara perhatikan di dunia Internet, demam MJATS agak kurang jika mahu dibandingkan dengan drama Rindu Awak 200% lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat. Apa pun kita tunggu rating keluar nanti untuk lihat drama mana yang lebih banyak pengikutnya.

fahrin ahmad

Bermula hari ini, slot Akasia akan menayangkan drama Bila Hati Berbicara yang menyaksikan lakonan Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Azwan Kombos dan Raja Ilya. Nama-nama pelakon agak kurang dikenali dan tak ada nama besar. Mungkin ini satu percaturan baru daripada pihak TV3. Sama-samalah kita nantikan sama ada drama Bila Hati Berbicara ini bakal meletup atau tidak. Seperti biasa, waktu tayangan ialah setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 7 malam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...