Untuk info ramai, penyanyi lagenda tanah air iaitu Datuk, M. Nasir telah membuat kejutan buat peminatnya yang hadir ke konsert M N4SIR Cipta 2 dengan ‘menaburkan’ duit raya RM1 berjumlah RM10,0000 dari bumbung stadium di Axiata Arena, Bukit Jalil.
M Nasir sumpah random tutup konsert dengan lagu raya 😂 Also, ada duit raya berterbangan ya!!! pic.twitter.com/b6d8BDaC9Y
— ALAN (@IniAlalalannn) October 12, 2024
Difahamkan, di penghujung konsert, M. Nasir telah menyanyikan lagu raya popular nyanyiannya iaitu Satu Hari Di Hari Raya kerana karya tersebut umpama seperti antem kebangsaan yang bukan saja dinyanyikan pada hari raya.
Susulan momen tersebut dikongsikan oleh peminat di laman media sosia, ada beberapa netizen memperkotak-katikkan jumlah berkenaan yang dianggap terlalu sedikit untuk orang dewasa.
Kesal dengan sikap segelintir netizen yang menganggap jumlah yang diberi sedikit, terdapat peminat yang tampil menasihati untuk sentiasa berasa bersyukur dengan apa yang telah diberi oleh seseorang, lagi-lagi duit raya itu merupakan sedekah.
Malah peminat persoalkan apakah yang perlu diberi oleh M. Nasir untuk buatkan segelintir netizen itu berasa bersyukur.