Penyanyi dan juga komposer terkenal, Datuk M Nasir telah disahkan positif COVID-19 pada pagi Isnin lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh isteri, Datin Marlia Musa yang memberitahu bahawa mereka berdua kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Marlia yang dihubungi mStar berkata bahawa suaminya itu telah melakukan ujian kit pantas pada hari Ahad kerana mempunyai program pada hari itu dan hasil ujian mendapti dia positif.
Kami terus ke klinik buat PCR dan pagi ini (Isnin) keputusan masih positif. Jadi sekarang kami berdua berada di rumah dan perlu menjalani proses kuarantin.
Dalam pada itu, Marlia mengatakan bahawa M Nasir kini sedang berada dalam keadaan stabil dan baik-baik sahaja.
Dia turut memohon agar orang ramai mendoakan penyanyi lagu Mentera Semerah Padi itu segera sembuh dan pulih seperti biasa.
Terdahulu, M Nasir ada membuat persembahan ketika program Festival Filem Malaysia ke-31 yang diadakan pada malam Jumaat lalu.