November 12th, 2015

Datuk M. Nasir tidak memohon maaf mahupun memberi sebarang komen mengenai Bienda yang meminta beliau membuat permohonan maaf kerana mengaibkan ibunya, lapor Utusan Online.

Semalam, Bienda telah mengulas mengenai komen M. Nasir dan AC Mizal selaku juri Gegar Vaganza 2 tentang persembahan Sheeda.  Semasa mengulas tentang persembahan Sheeda, M. Nasir telah mengeluarkan komen “Putera mencari ‘princess’ tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak ‘princess”.

Bienda menganggap komen itu kurang ajar dan keterlaluan serta menuntut juri-juri itu memohon maaf. Kata M. Nasir secara ringkas:

Tak ada apa yang saya nak komen. Cukup ya. Terima kasih.

Sheeda juga khabarnya telah memuat naik status tentang perkara itu di laman sosial miliknya:-

Atas semangat untuk memeriahkan lagi industri muzik tanah air.

Seringkali komen faktor usia menjadi bahan ejekan dan ketawa terbahak-bahak…berjuta-juta rakyat Malaysia menonton melihat maruah saya diperlekeh sebegitu rupa….saya bertanding atas dasar vokal atau umur?

Mungkin M. Nasir mempunyai alasan tertentu untuk mengambil pendekatan berdiam diri. Permintaan Bienda bagaimanapun viral di laman sosial dengan pelbagai pihak memberi bermacam-macam reaksi. Ada yang menyetujui cara M. Nasir memberi komen dan ada juga yang sependapat dengan Bienda.

M. Nasir merupakan salah seorang komposer dan penyanyi bertahap legenda dan telah menghasilkan lagu untuk penyanyi dan kumpulan terkenal antaranya Alleycats, Search, Wings, Ella, Rahim Maarof dan Hafiz Suip.

Jom saksikan bangsawan “Sumpahan Nujum Perawan” pada 13, 14, dan 15 November ini di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur mulai…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 10 November 2015


Comments are closed.

Loading...