M.Nasir Dan Siti Nurhaliza – Konsert Bagaikan Sakti

Hiburan

M.Nasir Dan Siti Nurhaliza – Konsert Bagaikan Sakti

konsert bagaikan sakti

Apa yang anda bakal dapat apabila anda menggabungkan seorang sifu + seorang diva? M. Nasir + Siti Nurhaliza? Jawapannya ialah sebuah konsert Bagaikan Sakti. Berkemungkinan besar konsert ini bakal menjadi antara konsert terhebat Malaysia. Almaklumlah, kedua-dua penyanyinya memang ada nama, ada suara dan ada kualiti yang terjamin.

Advertisement

Sebab tuelah kami rasa konsert nie diberi nama Bagaikan Sakti. Compem tak kelip mata kalau tengok nanti. Maybe kita akan terasa bagai di”magik”kan oleh kedua-dua nama besar nie. Memang pandai Astro bagi nama konsert nie. Sangat sesuai dengan kehebatan M. Nasir dan Siti Nurhaliza. Maklumat lanjut baca kat bawah yek.

konsert bagaikan sakti

Sempena membuka tirai menyambut tahun baru 2010, Astro dengan bangganya membawakan siaran langsung gabungan bersejarah dua gergasi seni buat pertama kali iaitu Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza dari Esplanade, Singapura secara eksklusif menerusi Astro Box Office Events (saluran 955).

Peminat penyanyi tersohor, M Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza berpeluang untuk menonton Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza secara langsung pada 1 Januari 2010, jam 8 malam. Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menyaksikan konsert ini hanya dengan harga RM10.00. Siaran ulangan konsert berkenaan pula akan bermula pada 2 hingga 10 Januari 2009 di saluran yang sama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...