Jika bulan lepas Lynn Al- Khaired ataupun sebelum ini dikenali sebagai Sharifah Haslinda dikhabarkan bakal bercerai dengan suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican, terbaru aktres itu telah menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya itu selepas kedua-duanya bersetuju untuk berbincang mengenai rumah tangga mereka.
Lynn selaku plaintif membuat penarikan balik itu melalui penguamnya Ummi Kartini Abd Latiff hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan didengar oleh Hakim Syarie Abdul Fattah.
Abdul Fattah Kkemudiannya meluluskan permohonan palintif dengan kebebasan untuk memfailkan semula namun atas alasan dan fakta yang berbeza.
Aktres yang sedang hangat dengan watak Dolly menerusi  drama Dhia Sofea  itu sebelum ini telah memfailkan penceraian terhadap Reezal Merican pada 1 Oktober lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Lynn dan Reezal mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2005. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Harapnya perbincangan tersebut akan dapat menyelamatkan rumah tangga yang dibina. Semoga jodoh Lynn dan suaminya masih kuat. InshaAllah.