Lynn Al Khaired Nafi Sudah Bercerai

Hiburan

Lynn Al Khaired Nafi Sudah Bercerai

Sejak tahun lepas lagi, gosip keretakan rumah tangga pelakon Lynn Al Khaired ataupun lebih dikenali dengan nama Sharifah Norhaslinda bersama Datuk Seri Reezal Marican cukup hangat diperkatakan.  Ada yang mengatakan pasangan ini sebenarnya sudah bercerai.

Advertisement

Tidak mahu orang ramai terus keliru dan menjaja cerita tidak benar, Lynn menerusi portal BH ONLINE memberitahu mereka masih bahagia bersama. Cuma, biasalah didalam rumah tangga pasti akan ada pasang surutnya.

Dalam setiap kehidupan berumah tangga, pasti akan ada pasang dan surutnya. Semua pasangan akan melalui pengalaman itu, terserah bagaimana mahu menyelesaikannya. Mungkin ada yang selesa berkongsi, tetapi saya memilih untuk tidak memperbesarkannya kerana ia urusan peribadi.

Meskipun pernah memfailkan permohonan cerai, Lynn bagaimanapun masih cuba untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Saya cuma mengikut arus. Mungkin saya selebriti, tetapi saya juga inginkan kehidupan yang normal sama seperti orang lain. Tidak kira siapa kita, masalah dalam hidup pasti ada. Jika mempunyai masalah, kami akan cuba menyelesaikan mengikut cara orang dewasa.

Tiada guna memperbesarkan masalah rumah tangga sendiri kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa. Bagi saya, apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapinya dan belajar menyelesaikan masalah itu. Ketika dilanda masalah, ahli keluarga termasuk adik, Sharifah Shahira langsung tidak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan saya.

Lynn sebelum ini, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 1 Oktober 2015 tetapi menarik balik permohonan itu pada 3 Disember 2015.

Sumber Berita : BH ONLINE

 photo for blogpost.jpg

KALAU HAMSTER MEMULAKAN PELABURAN, DIA JADI APA YEK?

Nak tau ape jawapan die? Korang baca dulu sampai abis..
Kalau korang nak tau sekarang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau SC tengah sibuk mengadakan seminar InvestSmart. Die takde kene mengene dengan pengawal keselamatan tau, So.. sape SC ni?. SC ni fungsi dia mengawal selia peserta pasaran modal di Malaysia contohnye bank pelaburan, syarikat broker saham dan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Selain tu SC mengawal selia perkara berhubung dengan sekuriti, derivatif, unit amanah dan bon. Bukan James Bond tau!

Berbalik kepada Seminar InvestSmart. Seminar ni SC buat untuk meng”expose”kan korang tentang pelaburan bijak, supaya korang tau macam mana nak melabur especially dalam saham dan unit amanah. Selain tu dorang juga akan share teknik memilih pelaburan yang sesuai dengan korang.
Seminar InvestSmart ni sesiape pun boleh join, yang belum melabur ke, dah melabur ke, semua orang pun boleh. Bukan tu je.. yang noob pasal saham pun boleh mula belajar, unit amanah pun ada, siap dapat sijil dan cenderahati lagi… yang paling win.. Seminar ni PERCUMA.. eh lupe pulak, seminar ni diadakan di seluruh Malaysia tau termasuk Sabah dan Sarawak!

Haa, dengar je PERCUMA mesti laju je korang nak daftar kan? Don’t worry, meh Abang Nara tunjukkan cara die. Senang je, Like Fb “InvestSmart SC”, then tengok seminar mane yang korang nak join. Bukan tu je, korang jugak boleh dapatkan macam-macam maklumat tentang pelaburan bijak kat situ!

Korang jugak boleh register kat www.investsmartsc.my atau pun call 03-6204 8127.
Bukan nak cakap ape la, retis pun ada post pasal seminar InvestSmart ni kat IG dorang. Check out IG dorang: Shaheizy Sam, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Neelofa, Abam Aaron Aziz dan Elfira Loy
Tunggu ape lagi ajak la mak ayah adik kakak abam semua datang seminar ni.

Jawapan soalan Hamster tu.. jawapan die SAHAM-ster.. hehe.. kbai!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...