Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lynn Al Khaired Enggan Komen Mengenai Status Rumah Tangganya

Berita mengenai rumah tangga pelakon Lynn Al Khaired ataupun Sharifah Haslinda yang dikatakan sudah berpisah dengan suaminya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya.

Advertisement

Perkara itu mula menjadi bualan lagi selepas Lynn baru-baru ini ada memuat naik satu status di Instagram yang seakan menggambarkan beliau sudah kembali solo.

Namun, ketika dihubungi pihak media, Lynn nampaknya enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

Malah, Sharifah Shahira yang merupakan adik kandung Lynn juga ketika dihubungi berkata beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai rumah tangga Lynn.

Sharifah Shahira juga jarang bertanya ataupun mencampuri kehidupan peribadi Lynn.

Advertisement

Saya memang tak pernah nak bertanya hal rumah tangga Kak Lynn. Dalam masa sama dia selalu memberitahu jangan nak menyibuk.

Mengenai status di laman Instagram miliknya, saya pun belum sempat membacanya.

Lynn sebelum ini pernah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 1 Oktober tahun lalu tetapi menarik balik permohonan cerai tersebut pada bulan Disember.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat  orang cahaya mata.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama