Berita mengenai rumah tangga pelakon Lynn Al Khaired ataupun Sharifah Haslinda yang dikatakan sudah berpisah dengan suaminya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya.
Perkara itu mula menjadi bualan lagi selepas Lynn baru-baru ini ada memuat naik satu status di Instagram yang seakan menggambarkan beliau sudah kembali solo.
Namun, ketika dihubungi pihak media, Lynn nampaknya enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.
Malah, Sharifah Shahira yang merupakan adik kandung Lynn juga ketika dihubungi berkata beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai rumah tangga Lynn.
Sharifah Shahira juga jarang bertanya ataupun mencampuri kehidupan peribadi Lynn.
Saya memang tak pernah nak bertanya hal rumah tangga Kak Lynn. Dalam masa sama dia selalu memberitahu jangan nak menyibuk.
Mengenai status di laman Instagram miliknya, saya pun belum sempat membacanya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat  orang cahaya mata.