“Luruh Hati Tengok Anak Kena Tarik..” Penyanyi Nourul Depp Panik Tengok Anak Kena Sawan Akibat Demam Denggi

Hiburan

“Luruh Hati Tengok Anak Kena Tarik..” Penyanyi Nourul Depp Panik Tengok Anak Kena Sawan Akibat Demam Denggi

Penyanyi Nourul Depp baru-baru ini tampil menceritakan detik cemasa apabila anak lelakinya, Raphael Depp telah dimasukkan ke hospital akibat demam denggi.

Menurut penyanyi itu, Raphael juga dilaporkan telah diserang sawan atau dikenali sebagai fibral fit setelah kali terakhir berlaku pada tahun 2018 yang lalu.

Advertisement

Nourul telah berkongsi pengalaman cemas itu menerusi ruangan instagram miliknya untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

Kisahnya hari ni hari qeta. Dah balik “merentas desa dari cyberjaya ke shah alam and ke KL; anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu (tarik) Lepas dah 2 tahun solid tak kena. Mak dia jenuh berkuntau dalm qeta bila dia kena tarik dalam panas lit lit balik sekolah lepas sekolah call. Haaa apa lagi masuk hospital lh! Sekali check darah; laaaaa … patutlah demam sat sat. Rupanya denggi! Biadap punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam 1 min setengah tu ?? Sampai hospital, apa lagi of course kena masuk drip semua kn. adoiii … mama pun nak nangeh tengok masuk jarum? teruih terpikiaq, itu yang hanya jatuh sakit kena denggi. Macam mana kes anak orang lain yang lebih teruk dari ni? ? macam mana hati mak pak tu nak tanggung tengok deriita anak??? Denggi tak tinggi. Kami pelik laa nyamuk denggi ni. Doktor kata mungkin dah 4-5 hari kena tapi badan #raphaeldepp di tahap nak healing. Kami blur sat… Hang ni memang robocop lah raphael oiii. Mama papa bersyukur tak teruk. Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah. Takut part tarik tu. Kami trauma sat. Hilang cool. Kami terpanik hari ni??? Mungkin sebab hormon pun dok nak betui lgi lepas kami 3 minggu buat #hysterectomy Yang pasti, parents mana suka anak sakit… Semoga Allah pelihara anak anak kita dan beri kesihatan yang baik. Amin amin. YRA ????????

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

“Dah balik merentas desa dari Cyberjaya ke Shah Alam dan ke Kuala Lumpur, anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu. Selepas sudah dua tahun solid tak kena. Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah.. luruh hati tengok dia tarik dalam seminit setengah tu..”

Menurut Nourul, anaknya itu telah disahkan menghidap demam denggi dan dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan untuk rawatan lanjut.

View this post on Instagram

Upacara merentas desa kami laki bini pagi ni… Dari KL ke KJ , ke PJ and Sg besi! Hangpa rasaaaa. Yang berkaj dari rumah ni rasa sangat lah pelik kalau dalam qeta macam ni dok merantau sana sini ??? Tau dak pi mana? Cari servis center barang elektrik kami yang dah condemn. Nak repair! Susahnya kalau jenama produk tak kuat di sini atau asia. Takdak servis center nak repair. Alamatnya ke tong sampah saja.. beli guna baru 3 tahun Takpalah. Terima ja lh. Yang sebelh ni naik hijau dah hahahaha. Well welcome to asia ? Tapi jumpa Puan Amanda one of my followers lepas isu polis airport klia. Thanks for following. Takdan ambik gambaq dengan dia. But will remember her smile. Very humble and polite #amandaoftamanmayang Sekian cerita merentas desa kami. Nak pi sg besi pulak kat servis center #tefal. La ni kat #philips Ingat na: beli jenama yang mudah dapat atau terkenal. So senang nak servis kalau rosak!

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Dia turut menzahirkan rasa syukur setelah melihat keadaan anaknya yang semakin stabil dan sihat.

Sekadar info, Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka iaitu Eric Daniel Depp dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan juga Isabella Depp. Nourul sebelum ini pernah menjadi isteri kepada penyanyi dan komposer terkenal negara iaitu Ajai pada Disember 1996 sebelum berpisah pada Februari 2007. Hasil perkahwinan itu mereka dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ayu Nazirah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...