Luqman Hakim telah tersenarai antara pencalonan 80 pemain muda terbaik bagi anugerah ‘Golden Boy Award 2020’. Pemain harimau muda negara itu disenaraikan sebaris dengan bintang muda Eropah yang lain.
Anugerah yang merupakan acara tahunan itu dikendalikan oleh akhbar Itali Tuttosport.
Antara pemain-pemain bola sepak muda terkenal dunia yang lain tercalon, termasuklah Erling Braut HÅLAND (Borussia Dortmund), Gabriel Teodoro Silva MARTINELLI (Arsenal), Paulo Henrique Sampaio Filho PAULINHO (Bayer Leverkusen), Bukayo SAKA (Arsenal), adon Malik SANCHO (Borussia Dortmund), José Paixão de Oliveira VINÍCIUS JÚNIOR (Real Madrid) dan ramai lagi.
Syarat kelayakan untuk pencalonan ialah, seseorang pemain itu haruslah berusia di bawah 21 tahun dan mewakili kelab divisyen utama di Eropah.
Anda boleh mengundi Luqman Hakim di senarai nombor 32 melalui pautan ini.
Sokongan dan undian dari rakyat Malaysia mampu mengangkat nama Luqman Hakim, sekaligus menaikkan nama Malaysia.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.