Lupakan Sengketa Lama, ‘Moment’ Maia Estianty & Mulan Jameela Bersalaman Di Majlis Bersiram Anak Raih Perhatian

Hiburan

Lupakan Sengketa Lama, ‘Moment’ Maia Estianty & Mulan Jameela Bersalaman Di Majlis Bersiram Anak Raih Perhatian

Persengketaan yang berlaku di antara dua selebriti Indonesia iaitu Maia Estianty dan Mulan Jameela sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara itu.

Apatah lagi, kedua-dua suatu ketika dahulu merupakan sahabat karib sebelum berlakunya kecurangan dalam rumah tangga Maia bersama Ahmad Dhani bersama orang ketiga iaitu Mulan.

Advertisement

Bagaimanapun, perkahwinan anak sulung Ahmad Dhani dan Maia Estianty dikatakan telah menyatukan kembali dua sahabat berkenaan.

Maia dan Mulan bersalaman

Menerusi video yang viral baru-baru ini, Mulan telah menghulurkan tangan untuk bersalaman dan disambut baik oleh Maia ketika majlis bersiram baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Maia yang duduk di sisi suaminya, Irwan Mussry juga dikatakan menyambut salam Mulan dan Ahamd Dhani sambil melemparkan senyuman.

Kedua-dua sahabat itu dan pasangan mereka dilihat profesional dan tenang tanpa menunjukkan apa-apa riak wajah mahu pun reaksi pelik meskipun pertama kali bertemu setelah sekian lama.

Tindakan Maia menerima pujian ramai terutamanya peminat yang berasa kagum dengan sikap pemaaf dimiliki bekas anggota kumpulan Ratu itu.

Untuk rekod, Ahmad Dhani dan Maia bercerai pada 2008 berpunca daripada orang ketiga dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaluddin Rumi dan Dul Jaelani.

Mulan dan Ahmad Dhani pula mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 manakala Maia bernikah dengan Irwan pada 2018 di Tokyo, Jepun.

sharnaaz ahmad noor nabila hubungan terjawab
2025-06-12 11:56:11

"Ya Saya Sedang Dalam Fasa..." - Hubungan Noor Nabila Dengan Sharnaaz Kini Terjawab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...