Lupakan Kerjaya Di Sektor Kerajaan, Bagaimana Lelaki Ini Berdepan Pengalaman “Pahit” Dalam Bisnes

Trending

Lupakan Kerjaya Di Sektor Kerajaan, Bagaimana Lelaki Ini Berdepan Pengalaman “Pahit” Dalam Bisnes

Sebut sahaja bidang pekerjaan dalam sektor kerajaan, pasti ramai yang berebut untuk menjadi salah seorang yang berada di sektor itu.

Advertisement

Mana tidaknya, sesiapa sahaja yang berada di sektor kerajaan, jaminan dari pelbagai segi sudah tersedia untuknya.

Tetapi sebaliknya berlaku kepada lelaki ini.

Dia lebih memilih untuk keluar dari ‘zon selesa’ dan menceburkan diri dalam bidang bisnes. Kini beliau sudah bergelar Pengarah Eksekutif kepada beberapa buah syarikat di Malaysia.

Abd Hafiz Bin Abd Wasa atau lebih dikenali sebagai Hafiz Wasa di laman sosial,merupakan anak jati negeri Terengganu.

Mula menceburkan diri dalam bisnes sejak 2012. Ikuti perkongsian beliau mengenai pengalaman ‘pahit’ beliau dalam bidang bisnes.

Saya berhenti kerja dari sektor kerajaan pada bulan Julai 2014. Sekarang sudah hampir 3 tahun saya ‘menganggur’.

Apa saya buat dalam tempoh ‘menganggur’ itu? Saya bina beberapa portfolio perniagaan.
Pertama farmasi, kedua Mesotropin dan ketiga Estetika Medispa.

Dalam ketiga-tiga portfolio ini, yang paling rumit untuk dibina adalah Mesotropin.
Ia bukan sahaja memakan kos yang sangat tinggi tetapi ia memerlukan kepakaran dan strategi yang rapi.
Lain pula dengan farmasi dan Medispa, ia boleh berjalan secara autopilot tanpa memerlukan strategi marketing dan branding yang sangat memakan kos.

Pendek kata, saya cari lokasi yang bagus. Dan set up farmasi dan spa tersebut. Ia berjalan mengikut SOP yang ditetapkan.

Ramai yang tanya saya macam mana nak buat brand sendiri. Nak jadi founder.
Saya tanya mereka, apakah matlamat anda nak jadi founder atau nak ada brand sendiri?
Adakah nak jadi kaya raya? Adakah nak jadi glemer semata-mata?
Produk apa anda nak keluarkan? Kosmetik? Produk slimming? Produk putih2? Produk tambah susu? Produk rambut gugur? Produk jerawat?

Anda tahu tak sekarang ini dah beribu jenama2 yang keluarkan produk sebegitu?
Jadi apabila anda masuk kedalam pasaran, pernah tak anda terfikir kenapa pelanggan perlu membeli produk anda? Sedangkan sekarang ini pun bersepah produk sebegitu dlm pasaran?

Yes! Anda mungkin ada modal tebal. Bajet marketing mungkin berpuluh ribu. Tapi pernah tak anda terfikir bagaimana syarikat-syarikat besar yang ada dana untuk marketing yg sangat besar pun boleh jatuh. Lihat sahaja Kodek, Nokia & juga P1wimax.

Saya masih ingat, 3 tahun lepas. Banyak produk2 OEM masuk dalam pasaran. Buat iklan baik punya dalam FB. Lagipun masa itu iklan fb sangat murah dan tidak leceh seperti hari ini. Namun, jenama-jenama 3 tahun lepas yang meletup tapi hari ini sudah tidak kedengaran.

Pernahkah sebelum ini anda menjual?
Saya banyak kali nasihat individu yang nak buat jenama sendiri dan nak jadi founder ini supaya belajar menjual dulu.

Belajar selok belok buat copywriting (ayat menjual) dan belajar cara close sales.
Carilah mana-mana jenama yang ada sekarang dan cuba jual.
Kalau anda berjaya menjual itu sudah bagus tapi itu tidak mencukupi.
Menjual adalah sebahagian sahaja daripada proses pembinaan syarikat.
Anda kena belajar marketing, belajar menguruskan bajet, belajar pengurusan yang melibatkan akaun, human resource dan operation.

Berapa yang anda sanggup rugi?
Itu antara persoalan yang anda perlu jawab kita nak buat produk sendiri atau nak jadi founder.
10ribu? 100ribu? Sejuta?
Tepuk dada, tanya selera.

Setakat ni saya dah berjumpa 4 orang yang sudah kerugian lebih 100k. Seorang buat produk kurus, 2 lagi buat produk kosmetik. Dan seorang buat jenama pakaian. Buka butik fashion 5bulan, bulan ke enam terus tutup.

Oleh itu, pesan saya berdasarkan pengalaman membina jenama sendiri ini kalau setakat minat sahaja atau nak glemer kaya raya baik lupakan sahaja.

Apa yang perlu anda buat adalah buat kajian betul2. Kenal pasti pasaran anda. Cari keunikan produk anda. Laburkan duit pergi belajar marketing, pengurusan syarikat dan sebagainya.

Akhir sekali, saya kenal ramai orang dalam kalangan rakan saya yg berjaya kaya raya tanpa keluarkan jenama sendiri. Ada buka 3 cawangan coolblog, ada yang buka rangkaian dobi, ada yang buka rangkaian kedai runcit dan juga membuka spa2 untuk wanita.

Dan yang terbaru saya baca pasal Tan Sri Syed Azman. Memulakan bisnes dengan jualan kereta import yang melibatkan franchise AP dan servis helikopter.

So konsep bisnes ini luas. Jangan sempitkan pemikiran kita kepada sesuatu yang rumit. Saya selalu pesan, fokus kepada kekuatan dan bukan kelemahan.

Sedikit info mengenai Hafiz Wasa:

Nama: Abd Hafiz Bin Abd Wasa
Umur: 31 tahun
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Marang
Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai
MRSM Kuala Terengganu
Universiti Sains Malaysia
Pengalaman bekerja:
5 tahun dalam sektor awam sebagai ahli farmasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah
(HSNZ) dan Klinik Kesihatan Kuala Berang.
Kerjaya terkini:
Pengarah Eksekutif Naarabelle FaceSpa
Pengarah Eksekutif Estetika MediSpa
Pengarah Eksekutif Farmasi Marang Sdn Bhd
Pengarah Eksekutif Mesotropin Sdn Bhd

Jika anda seorang yang masih tercari-cari sumber kekuatan dan motivasi untuk terus berada di dalam bidang bisnes, ikut perkongsian yang bermanfaat di facebook beliau, Hafiz Wasa .

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...