Lupakan Episod Hitam, Yusof Haslam Gembira Syamsul & Puteri Sarah Berkawan Baik – “Mereka Langsung Tak Bermusuhan”

Hiburan

Lupakan Episod Hitam, Yusof Haslam Gembira Syamsul & Puteri Sarah Berkawan Baik – “Mereka Langsung Tak Bermusuhan”

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur dan gembira kerana anak sulungnya, Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan keluarga.

Bukan itu sahaja, pengarah berusia 70 tahun itu juga berkata Aidilfitri tahun ini sangat bermakna buat keluarganya yang berkumpul selepas beberapa tahun tidak lengkap kerana ketiadaan Syamsul.

Advertisement

Syawal kali ini saya dapat berkumpul lengkap satu keluarga. Saya dapat bersama dengan semua anak-anak dan menantu serta cucu. Orang kata buang yang keruh ambil yang jernih, apa yang dicari sekarang adalah kedamaian.

Yusof Haslam gembira Syamsul dan Sarah jaga hubungan baik

Yusog juga meluahkan rasa syukur apabila melihat Syamsul dan Puteri Sarah menjaga hubungan baik selepas episod hitam yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

Saya syukur Syamsul dah balik semula kepada keluarga dan Sarah juga saya lihat masih berkawan dengan Syamsul. Mereka langsung tidak bermusuhan antara satu sama lain.

Syamsul Yusof beraya dengan keluarga

Dalam pada itu, Yusof berkata dia menyerahkan semuanya pada jodoh sekiranya Syamsul dan Puteri Sarah berbaik namun tiada masalah serta reda sekiranya kedua-duanya tidak kembali bersama.

Syamsul Yusof bercuti bersama keluarga
2 months ago

Syamsul Yusof Bercuti Bersama Ibu, Bapa Dan Anak-Anak Di Switzerland, Peminat Tumpang 'Happy'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Melodi

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...