Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lupa Untuk Mengucap, Saharul Ridzwan Kongsi Detik Hampir Berdepan Kematian

Saharul Ridzwan

Pelakon dan juga usahawan, Saharul Ridzwan ada berkongsikan detik-detik dirinya hampir berdepan dengan kematian di mana dia pernah lemas ketika mandi di air terjun.

Cerita Saharul, perkara tersebut berlaku selepas dia mempersoalkan tahap keimanannya terhadap hari kematian.

Advertisement

Tambahnya lagi, pada ketika itu dia tertanya-tanya tentang bagaimanakah rasanya mati dan impiannya itu terus ditunaikan Allah S.W.T.

Malah, keadaannya pada ketika itu yang terlupa untuk menyebut kalimah syahadah membuatkan pengalaman itu menjadi lebih ngeri dan tidak dapat dilupakan.

Advertisement

Mula-mula saya terjun dalam air dengan menyebut Lailahaillallah, seronoklah terjun semasa itu tanpa apa-apa masalah sehingga ada sekumpulan remaja suruh saya terjun lagi..tapi kali kedua ni saya lupa nak sebut kalimah itu. Saya hampir lemas, rasa ditarik ke dalam air macam dah nak mati, saya mengucap..saya nampak ada kaki di atas dan saya tarik untuk naik. Saya terus istigfar..takutnya!

Perkara tersebut dikongsikan sebuah laman Instagram Dakwah Tabligh Malaysia yang membincangkan mengenai tajuk erti ‘sebuah penghijrahan’ bersama Saharul, Alif Aziz dan beberapa panel ustaz yang lain.

Saharul dalam pada itu bersyukur kerana kini dia lebih memahami agama Islam selepas mengikuti beberapa kumpulan jemaah tabligh.

Berazam untuk lebih istiqamah dalam mencari reda Allah, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini turut berpesan-pesan kepada isteri tersayang, Qaabila Deena agar terus berdoa agar selalu diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top