“Lupa Lirik Sebab Tengok Muka Ajai Mungkin Punca Saya Dapat Tempat Ke-5” – Fadh Majid

Hiburan

“Lupa Lirik Sebab Tengok Muka Ajai Mungkin Punca Saya Dapat Tempat Ke-5” – Fadh Majid

Mendapat tempat ke-5 dalam program Big Stage 2020, penyanyi Fadh Majid merasakan bahawa punca dia memperoleh tempat terakhir adalah kerana lupa lirik.

Fadh atau nama sebenarnya Muhd Fadhlullah Abd Majid,27, memberitahu dia mengulang lirik ‘papan di jawa’ sebanyak tiga kali kerana terlalu gementar apabila terpandang muka juri tetap program tersebut iaitu Ajai.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Fadh menerima dengan hati terbuka keputusan pada malam itu dan bersyukur kerana berjaya menjejakkan kaki di pentas akhir meskipun masih ‘hijau’ dalam industri seni.

View this post on Instagram

Alhamdulillahh Ya Allah?? . Saya nk ucapkan jutaan terima kasih kat family saya Papa Ummie @mimiemajid @zulhilmizk @niniemajid @firushafizi @raqibmajid @tashamanshahar muammar kesayangan pokchu ,tulang belakang saya family @todakmusic @brolantodak @roslanrashid @ikmalfareeq @_____nianadia_____ @zimisofazr @aruleshi @shihazikir @stella_todak @nikmuhammad_ @ezzaneysharon dan semua yg terlibat ,family @fadhandthepahlawan , production astro @dausmahadi @ainfarikh @s.y.a.z.w.a.n @haniqhalim19 dan semua yg terlibat ,cikgu tersayang @cikgushafi @azrinnoor @hanafirosdi_hr @chaan0709 ,juri @byajai @faizal_tahir @dayangsayangkamu @iamellymazlein , dan pahlawan pahlawan saya yg dtg setiap minggu @zelosjiro @tarmizinordin @isadoraism @cikiraofficial @suekhalid82 @nnoramalina @afiqahali__ dan sahabat sahabat tersayang saya kamu tahu siapa kamu dan tak lupa jugak kepada adik beradik big stage saya @yamaniabdillah @drhafizzainal @nanaasheme @amrhsn_ @haniesoraya @farisha_iris & allahyarhamah sandra, stylist saya @zuddieerichmaan kerana sentiasa mendoakan dan menyokong saya dari minggu pertama sampai minggu final????tanpa korang semua saya bukan siapa siapa???semoga papan papan saya semalam menjadi lantai utk saya melangkah ke depan? . #todakmusic #fadhandthepahlawan #PapanDijawa

A post shared by Muhd Fadhlullah Abd Majid[MF] (@fadhmajid) on

“Saya jadi lost tiba-tiba dan tak ingat lirik seterusnya. Mungkin disebabkan masa itu saya terpandang ajai, terus jadi gementar. Mungkin juga disebabkan itu saya lupa lirik dan menyebabkan saya menduduki tempat kelima. Tapi bagi saya, semuanya bergantung pada rezeki. Kalau memang rezeki, saya salah lirik ke tumbang ke kalau Allah dah kata saya juara, saya tetap juara,”

Merasakan dirinya masih ‘underdog’ berbanding peserta lain, Fadh yang ditemuii media ketika tamat konsert akhir Big Stage 2020 pada ahad lalu turut memberitahu dia banyak bertanya dan meminta nasihat daripada penyanyi Shiha Zikir mengenai industri seni memandangkan mereka berada di bawah syarikat pengurusan yang sama.

“Saya ambil pengalaman yang dia kongsikan untuk berada dalam dunia seni. Semua orang boleh menyanyi tapi pengalaman itu sukar untuk dapat dan Shiha memang banyak membantu saya,” – Fadh Majid

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...