“Lunaskan Hutang RM2250..” – Cik Pia Didakwa Gagal Bayar Hutang & ‘Handphone’ Milik Syarikat Tak Dipulangkan?

Kehidupan

“Lunaskan Hutang RM2250..” – Cik Pia Didakwa Gagal Bayar Hutang & ‘Handphone’ Milik Syarikat Tak Dipulangkan?

Nama pempengaruh, Cik Pia sebelum ini sering menjadi bualan ramai susulan kesnya bersama bekas suami, BossKay yang didakwa culas membayar nafkah anak-anak tetapi boleh bergembira dengan isteri baru, Tash Yong bercuti di merata tempat.

Cik Pia ‘lari’ dari bayar hutang?

Terbaru, secara tiba-tiba muncul dakwaan daripada seorang individu di TikTok mengatakan ibu tunggal itu tidak membayar hutangnya.

Advertisement

Dakwa individu terbabit, Cik Pia mula berhutang sejak tiga bulan lalu iaitu November tahun lepas.

cik pia hutang

Semoga terbuka pintu hati untuk melunaskan hutang yang tertunggak RM2250..

Cik Pia enggan beri kerjasama

Kata individu itu lagi, Cik Pia tidak mahu memberi kerjasama biarpun telah dihubungi hampir setiap hari untuk selesaikan masalah yang berlaku antara mereka berdua ini.

Bahkan berkata pempengaruh itu sering memerli dirinya jika membuat live di TikTok.

Netizen sokong Cik Pia, kecewa difitnah

Meninjau di akaun TikTok Cik Pia, wanita itu membuat kerjanya seperti biasa dan enggan mengambil pusing dengan isu yang berlaku ini tetapi dia juga sempat meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan yang dilemparkan oleh seorang individu tanpa menyebut nama.

@norsufiiajohari Alhamdulillah semakin org mengata saya semakin ALLAH berikan hadiah2 yg tak ternilai..Next collaboration dgn jenama besar @cik_dini tq ats kepercayaan walaupun isu Sye TGH hangat diperkatakan tp org bijak tak menilai sebelah pihak..Berkat doa ank2 ,mak abah adik beradik..& Tq @ggshamsuddin ♬ original sound – jefrimejan79

Netizen juga dilihat meninggalkan kata-kata semangat buat Cik Pia untuk hadapi ujian ini dengan hati yang kuat serta sentiasa dilimpah kurniakan rezeki.

Cik pia bosskay
1 year ago

"Dia Buang Saya Dari Syarikat, Habiskan Duit, Ada Perempuan Lain" - Cik Pia Dedah Pengkhianatan Bosskay Sepanjang Perkahwinan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...